Selasa, 31 Ogos 2010

PERGINYA SEORANG TOKOH VETERAN PAS...INNALILLAH

|

PARIT BUNTAR : Jenazah tokoh PAS Parit Buntar, yang juga bekas Yang Dipertua PAS Parit Buntar Zulkarnain Haji Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Tok Ngah berhampiran Masjid Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, lebih seribu orang jamaah telah menunaikan solat jenazah tokoh PAS berkenaan di Masjid Parit Tok Ngah.

“Ust. Zulkarnain , 74 yang telah terkena angin amar telah telantar sakit sekitar 10 tahun dan terakhir dimasukkan ke Hospital Parit Buntar dua hari lepas.

“ Rata-rata yang hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan menyatakan ketokohan dalam perjuangan Islam beliau sukar dicari ganti”
Adnan berkata, semasa hayatnya Allahyarham pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan menjawat jawatan Yang Dipertua PAS Parit Buntar pada tahun 1990.

“Allahyarham pernah menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Simpang Lima semasa pilihanraya tahun 1969 dan pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Parit Buntar semasa pilihanraya tahun 1974.

“ Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Parit Buntar dan PAS Perak. Takziah ke atas seluruh sanak saudara di atas kehilangan orang yang disayang” katanya

Menurut Adnan , Allahyarham juga banyak berjasa dalam bidang pendidikan terutama membangunkan Sekolah Agama Rakyat di Parit Buntar.

“Allahyarham adalah tokoh penting yang kuat mempertahankan Sekolah Agama Rakyat, malah pernah menjadi Mudir Sekolah Menengah Agama Al Falah, Parit Tok Ngah.

“Kegigihannya dalam memperjuangan wadah PAS dan pendidikan sekolah agama menjadikan beliau cukup dikenali di Parit Buntar dan kawasan sekitar” katanya
Antara tokoh pimpinan masyarakat yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Elias Zakaria, Mufti Perak Tan Sri Harusani Zakaria, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim,Adun Semanggol Ramli Tusin dan juga pimpinan PAS Perak dan Kawasan berdekatan serta pimpinan masyarakat setempat.

0 ulasan: