Sabtu, 28 Februari 2009

ROAD SHOW MB PERAK KE BAGAN SERAI

|

Perancangan untuk melaksanakan aktiviti road show MB Perak ke kawasan Kerian khususnya Bagan Serai terpaksa di tunda beberapa kali kerana memberi ruang dan laluan untuk beliau memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan usaha untuk memastikan hak beliau sebagai MB Perak yang sah seterusnya membatalkan perlantikan Dr.Zambry sebagai MB yang haram. Pun begitu, bagi penduduk Bagan Serai, kehadiran beliau semalam (25hb.Februari) telah menjawab segala spekulasi dan persoalan yang berligar-ligar diminda berkenaan tindakan yang dikatakan drastik itu. Walaupun pelbagai risalah dan maklumat telah disebarkan, bagi sesetengah rakyat kata-kata yang keluar dari lidah pemimpin yang dihormati dengan ketegasan dalam tindakan adalah penamat kepada segala persoalan berkenaan kemelut yang berlaku dalam politik dan pentadbiran negeri Perak.

Suasana yang berlaku pada malam tersebut seakan-akan suatu yang ‘luar biasa’. Walaupun Markas Tarbiyyah PAS kawasan Bagan Serai sering melaksanakan aktiviti taklimat penerangan dan ceramah khususnya dengan menjemput beberapa nama besar pimpinan politik Pusat, akan tetapi ‘aura Nizar’ telah menyelubungi markas tersebut bila mana kehadiran ahli-ahli, penyokong-penyokong PAS dan rakyat dari serata pelusuk kampung dan tebuk (istilah penempatan yang sinonim di daerah Kerian)adalah di luar dugaan. Bagi petugas-petugas Unit Amal Bagan Serai dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) seperti tidak menang tangan untuk mengawal pergerakan lalulintas kerana kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan bersusun (di kiri dan kanan jalan) sejauh satu kilometer.
Selesai makan malam di Restoran Samad dengan menu utama kari kepala ikan (keistimewaan restoran tersebut) Dato’Seri Ir. Haji Mohd Nizar diringi oleh petugas keselamatan PAS dan AMK dan konvoi motor besar, tiba pada jam 2135H di markas dan disambut dengan laungan takbir berturut-turutan sehingga beliau memasuki dewan sebagai tanda sokongan rakyat dari Daerah Kerian di atas tindakan beliau.Turut hadir pada malam itu ialah AP Bagan Serai, Haji Mokhsin Fadzli, ADUN Gunung Semanggol, Tuan Haji Ramli bin Tusin (YDP PAS kawasan Bagan Serai) ADUN Selinsing, YB Tuan YB Haji Husin bin Din (TYDP PAS kawasan Bagan Serai) dan ADUN Kuala Kurau, YB Abdul Yunus bin Jamahari (Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Bahagian Parit Buntar) Majlis malam tersebut diserikan dengan deklamasi sajak sepanjang 4 muka yang disampaikan oleh Mohd Nasib bin Rahin atau lebih dikenali dengan nama Tan Kuda (sebab beliau bela kuda) yang merupakan bekas calon bagi DUN Alor Pongsu PRU 12 merangkap Ketua Bahagian PKR Bagan Serai. Suasana dewan kembali luar biasa bila Nizar mengambil alih pentas, dengan sorakan rakyat dan bertambah gemuruh bila Nizar menggunakan beberapa istilah bahasa Banjar seperti kulaan (adik-beradik). Bermula dari ucapan para hadirin langsung tidak berganjak dari tempat duduk (atas lantai beralaskan surat khabar) sehingga akhir ucapan.

Beberapa pekara yang menarik dalam penerangan beliau ialah berkenaan tindakan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah yang menyembunyikan diri di sebuah pulau di negeri Perak dengan tidak mencukur jambang dan misai sebagai tanda protes perlantikan Ghazali Jawi sebagai MB perak pada masa itu. Beliau juga menerangkan kepada hadirin pada ketika bertemu paduka Seri Sultan Azlan Shah beliau meminta paduka Seri Tuanku merujuk kata-kata tuanku dalam buku “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang efektif. (Rujuk:http://perakdaily.com/index.php?s=catatan+nizar)

Satu lagi penjelasan yang diberikan ialah tindakan rombongan Dr.Zambry KUDETA untuk mendapatkan khidmat Queen Council (peguam Diraja Institusi Diraja England) dalam mencari jalan bagaimanakah cara memenangi krisis perlembagaan di negeri Perak. Sama ada benar atau tidak proses untuk mendapatkan peguam dari ini dilakukan, KUDETA telah lupa atau sengaja melupakan siapakah yang membawa masuk Yahudi ke bumi Palestin. Atau mungkin kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan peguam melayu yang ada dibelakang mereka (tidak termasuk hakim) untuk berhadapan dengan peguam pakatan rakyat.
Pun begitu bagi penduduk Bagan Serai amat pahit untuk ditelan keadaan ini kerana individu yang melalak menyuruh para wartawan keluar semasa sidang akhbar dan menimbulkan permasalahan pada saat-saat getir, berasal dari Telok Medan Bagan Serai. (lebih kurang 500 meter dari Markas PAS kawasan Bagan Serai). Malu bukan kepalang bila anak tempatan membuat onar.

Banyak lagi perkara yang dijelaskan seperti siapakah yang menghapuskan tulisan jawi?siapakah yang menafikan hak 22 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Perak dan banyak lagi. Masa seakan begitu singkat untuk mendengar penerangan beliau. Akan tetapi kepada penduduk Bagan Serai penjelasan isu ‘Durhaka’ sudah cukup menenangkan hati. Sudah terjawab punca angkara dan gerangan siapakah yang mengeksploitasi keadaan dan kemelut yang terjadi di Perak selama ini.

Jadi jawapan kepada ketiga-tiga persoalan siapakah itu tadi semuanya berpunca daripada UMNO.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

muka aku hg tak ambik ka zuwairi?len kali hg ambik gmbar aku ambik video...suma blh tgk aktiviti dun semanggol..hg minum kdai ali pun aku boleh record

Tanpa Nama berkata...

Halo Bro ! kalu asyik nk suruh org amik gambo ko,baik kau buat blog sendiri n then ko taruk tajuk blog ko tu "syok sendiri" porahhhh...
bnyk lg benda lain yg penting ler bro ! aku tau ler yg ko kenal ngan webmstr ni,tapi xyah ler nk suruh org capture muko ko yg xhensem giler tu...Aku nk tnye ko,ape faedah PAS G.Sggol dpt bile letak gambo ko tu? Xdapat ape kan? hah ! abis tu xpaham2 lg? Blog ni kperluanya utk beri info yg berfaedah utk parti n penduduk Gsgl hata yg duduk kat eskimo sekalipun dpt tahu ape yg jadi kat Sgol ko faham tak samdol oii ?

From:Ahli mesyuarat kedai PakLeh.

rapid perak berkata...

alo bro.update news la...cakap pndai

Tanpa Nama berkata...

Kepada Ustz Ramli yang dihormati,
Saya berharap agar ustz dapat menyelesaikan masalah lalat dikampong kita yang memang dah tahap "Godzzila". Dari ustz dok memikior masalah meeting kat bwah pokok lebih baik Ustz bawa Ngar Kor Meng DAP untuk iringi ustz dan datang berjumpa tuan punya ladang ternakan ayam tu dan minta dia bagi kertas Gam lalat(perangkap lalat) untuk tiap-tiap rumah dapat sehari 10keping dan bermakna sebulan 300 keping. Ustz bayangkan tuan punya ladang tu mengaut keuntungan di atas kesengsaraan penduduk kampung.Dah ler,hidup tak selesa lepas tu kena keluar duit pulak.
Tolong pikior sama ustz cara nak ringan kan beban kami.

Jangan marah ustaz!

Tanpa Nama berkata...

TOLONG JAWAB !!! BIAR RAKYAT TAHU CARA PENYELESAIAN WAKIL RAKYAT MEREKA.BIAR TELUS. JANGAN SEKADAR HANYA PANDAI MENYAMPAI MAKLUMAT MELALUI INTERNET TAPI TIDAK MAHU MENERIMA KRITIKAN SERTA MENJAWAB PERSOALAN RAKYAT.BERANI KERANA BENAR.
SAYA YAKIN YANG ADUN G.SGOL PADA PRU YANG KE13 PASTI AKAN BERTUKAR TANGAN.SIKAP YB YANG TIDAK MESRA RAKYAT.JAUH BERBEZA DENGAN ADUN SELINSING YANG BEGITU MESRA RAKYAT DAN SENTIASA MURAH DENGAN SENYUMAN SERTA BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT.TAHNIAH KPD YB SELINGSING.

RAMAI YANG MEMPERKATAKAN MENGENAI SIKAP TIDAK MESRA ADUN G.SGOL.

atas pagar.

Tanpa Nama berkata...

aKu pong setuju gak. Masa aku dok minum kat kedai kopi spg kubu gajah ramai yg merungut hal lalat.mula-2 bab lalat and then terus ke bab wakil rakyat tak buat keje ke depa kata...!aku diam je,mls nk cmpur.takut cawan dok atas kapla plak nanti.

Tanpa Nama berkata...

alam, Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak baik Pas mahupun Umno dan komen saya di sini adalah di atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat yang berkehendakan pemimpin yang benar- benar berjiwa rakyat dan ikhlas berkhidmat agar setiap permasalahan rakyat dapat di ketengahkan. Saya secara jujur menyatakan yang Adun G.Semanggol sekarang hampir gagal untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dari setiap sudut. Saya tidak mahu apa yang berlaku kepada mantan Adun G.Semanggol dari B.Nasional akan yang berulang kembali. Akibat dari rasa ketidak puasan hati, mereka memberi pengajaran yang cukup berguna demi mengajar wakil rakyat gagal menunaikan janji . Bukan semua rakyat berkehendakan wang ringgit dari wakil mereka. Cukup bagi rakyat bila segala permasalahan mereka dapat diatasi segera dan sebagai rakyat mereka berkehendakan wakil yang mesra budi bahasa senang didampingi tidak kira tempat seperti Pasar hari, kedai kopi, sawah ladang, masjid dll. Dan bagi generasi muda mereka mengharapkan pemimpin yang dapat menghormati serta bertegur sapa tanpa prejudis. Walaupun mereka berseluar jeans koyak dan menyarungkan t-shirt tidak berketayap tetapi mereka adalah generasi yang boleh berfikir dan celik IT dan ketika wakil mereka yang berperwatakan agama tidak segan silu untuk bersalam serta bertanya khabar, secara tidak langsung ianya dapat membantu kepada kemenangan Adun tersebut. Malangnya dari apa yang dilihat sekarang, Adun ketika ini tidak bijak dalam menawan generasi muda, malah dari komen-komen yang didengari mengatakan bahawa Adun sekarang begitu emosi ketika berhadapan dengan rakyat. Saya tidak tahu ketahap mana kemuncak kemarahan rakyat kepada Adun sekarang. Jika pihak Pas negeri bercita- cita untuk mempertahankan Dun Semanggol pada PRU akan datang maka peralihan kepimpinan perlu dibuat. Dun Semanggol perlu mencari pemimpin yang bersikap seperti YB Selingsing iaitu Hj Hussin yang amat disenangi rakyat tidak kira dari ahli Pas dan juga Umno. Respon-respon positif tentang beliau boleh didengari dimana sahaja.Rakyat tidak perlu ke pejabat dan rumah untuk mengadu hal- hal yang kecil dan penting tapi mereka cukup tahu bahawa wakil rakyat mereka boleh ditemui di pasar hari. Ini amat disenangi rakyat. Saya yakin jika Pas masih mengekalkan Adun G.Semanggol sekarang untuk PRU 13 maka bersiap sedia untuk menghadapi zaman gelap. Muka baru perlu ditonjolkan demi survival Pas G.Semanggol. Sekian.