Pada pilihan raya kecil (PRK) P.036 yang lalu, ADUN Gunung Semanggol yang juga merupakan YDP PAS kawasan Bagan Serai turut sama membantu jentera pilihanraya PAS meraih sokongan penduduk tempatan bagi memenangi kerusi P.036 yang telah dikosongkan setelah penyandangnya Dato’ Razali bin Ismail meninggal dunia. Haji Ramli Tusin bersama-sama petugas UPU Pantai batu Burok yang terdiri daripada Muslimat PAS Johor, Petugas-petugas tempatan telah menziarahi beberapa penduduk-penduduk tempatan yang dikhabarkan telah ‘dikecualikan’ daripada arus pembangunan kerajaan Barisan Nasional Terengganu.
Setelah diselidiki semasa program ziarah, para petugas-petugas tidak dapat menahan sebak dan kesedihan betapa daifnya penduduk-penduduk tersebut yang boleh dikategorikan sengaja dipinggirkan oleh pihak yang berkenaan yang sepatutnya bertanggungjawab membawa arus pembangunan kepada rakyat.Haji Ramli juga berkesempatan meluangkan masa melawat penempatan petugas-petugas PAS dari Perak di Kampung Kolam. Pada kesempatan itu, beliau memberikan kata semangat serta dorongan kepada mereka dalam melaksanakan tugas.
Katanya tugas ini memerlukan kesungguhan dan semangat yang kuat. Para petugas terpaksa meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak semata-mata untuk memastikan pilihan raya tersebut berjaya tanpa memikirkan imbuhan atau balasan. Beliau berharap dan berdoa dengan sumbangan tenaga dan perhatian para petugas dalam pilihanraya ini, pilihanraya P.036 menyebelahi Parti Islam Semalaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan