Isnin, 5 April 2010
MELAWAT YB KHALIL DAN ABANG KETUA UMNO BAHAGIAN BAGAN SERAI
Tengahari tadi YB Ramli dan pembantunya pergi ke Hospital Colombia untuk melawat YB Khalil dan anaknya yang sudah dua hari berada di situ disebabkan terkena demam denggi.Kedatangan YB Ramli disambut dengan senyuman YB Khalil.Tidak lama kemudian muncul pula YB Zainudin bersama pembantunya dan seterusnya YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin bersama-sama dengan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bukit Gantang.


Selepas itu YB Ramli bergegas pula ke bilik ICU kerana di situ ditempatkan saudara Zaini Cha yang merupakan abang kepada Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai,Dato' Zaili Cha.Keadaan Zaini tidak berapa stabil dan memerlukan rehat yang cukup serta pemerhatian yang penuh.Ketika YB datang Zaini dalam keadaan tidak sedar.YB juga berborak sebentar dengan kenalan rapat dan isteri Zaini.YB meminta mereka bersabar dan banyak-banyak mendoakan kesihatan beliau kembali pulih.

Ahad, 4 April 2010
PERTANDINGAN MEMANCING IKAN KELI AFRIKA
Hari ini,satu pertandingan memancing anjuran Nisa' PAS Kawasan Bagan Serai telah diadakan dengan jayanya di kolam Haji Sulaiman,Masjid Tinggi.Pertandingan ini adalah kali kedua anjuran Nisa' selepas pertandingan pertama yang diadakan pada tahun lepas.Berbeza dengan tahun lepas,kali ini pertandingan ini juga boleh disertai oleh kaum lelaki.Sebanyak 171 penyertaan telah terlibat dalam aktiviti kali ini.Pertandingan bermula pada jam 830 pagi dan setiap joran dikenakan yuran sebanyak RM10.Selain daripada memancing,diadakan juga slot menjawab teka-teki,cabutan bertuah dan juga 3 soalan cepumas(soalan ini adalah dari tuan punya kolam iaitu Tuan Haji Sulaiman).Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu ikan terberat dan ikan terbanyak.Tempat ketiga RM150,tempat kedua RM250 dan juara RM 350 beserta hamper.

Kaunter pendaftaran dan gerai jualan makanan dan minuman untuk para peserta dan pengunjungHos yang sentiasa berceloteh dan membuat pengumuman
Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar sekali.Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.Dan majlis tamat pada pukul 1 tengahari.Dan,Insyaallah pada tahun depan pertandingan yang sama akan diadakan lagi memandangkan sambutan yang hangat dari penduduk sekitar.
LAWAT JANGAN TAK LAWAT YB
Tidak sampai 24 jam berita tragedi ribut di Parit Haji Amin tersebar luas,hari ini YB Ramli dan YB Husin bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri apa yang berlaku dan juga menyampaikan sedikit sumbangan.Walaupun sumbangan itu tidaklah sehebat mana tetapi memandangkan rasa tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat,ia tetap dilaksanakan dengan lapang dada.Turut mengiringi YB adalah AJK PAS Cawangan Parit Haji Amin.







Segala sumbangan didapati dari ehsan individu-individu tertentu termasuk dari YB sendiri.Terima kasih YB ucapkan kepada yang sudi memberi bantuan.
Sabtu, 3 April 2010
RIBUT DI PARIT HAJI AMIN
Khamis, 1 April 2010
REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH SWT
Lebih kurang pukul 1030 pagi tadi,rombongan dari Badan Kebajikan PAS Negeri datang ke kawasan Panchor untuk memberi sedikit sumbangan kepada mangsa ribut.Rombongan ini diketuai oleh Ustaz Haji Mustafa Shaari selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri,merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri.Rombongan ini disambut oleh YB Ramli dan YB Husin.Selain itu,Ustaz Misbahul Munir(Setiausaha PAS Negeri),saudara Zamarul Aini(Pengarah Unit Amal Negeri),kakitangan unit amal negeri dan kawasan serta Nisa' kawasan Bagan Serai turut hadir bersama-sama.








Sumbangan adalah berupa wang ringgit dan barang keperluan asas yang diterima dari PAS Negeri,PAS Kawasan Bagan Serai,Nisa' Kawasan Bagan Serai serta individu-individu yang prihatin.YB Ramli mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang sudi membantu.Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
Langgan:
Catatan (Atom)