Gunong Semanggol- Akhbar Sinar Harian dengan kerjasama YB Tuan Haji Ramli selaku ADUN Gunong Semanggol akan mengadakan satu program kemasyarakatan "Kenduri Rakyat" dan telah memilih Kampung Selamat yang berada di dalam kawasan DUN Gunong Semanggol sebagai lokasi untuk diadakan program tersebut.
Program Kenduri Rakyat ini akan di adakan bermula pada 10 Jun 2011 sehingga 11 Jun 2011 dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara kemasyarakatan antaranya gotong royong membersihkan kawasan kampung, sukaneka kanak-kanak , memasak dan kenduri rakyat, majlis bacaan Yaasin dan tahlil serta banyak lagi aktiviti lain.
Aktiviti ini akan melibatkan juga YB ADUN Selinsing, Tuan Haji Husin Haji Din, seluruh masyarakat berhampiran dan khususnya semua penduduk di Kampung Selamat sendiri.Kepada seluruh masyarakat yang berhampiran, dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang akan di adakan ini tanpa mengira sebarang fahaman politik.
Program ini adalah anjuran pihak akhbar Sinar Harian Negeri Perak susulan kepada program-program yang telah berjaya mereka adakan sebelum ini di kawasan-kawasan serta negeri-negeri lain yang menyaksikan sambutan yang amat baik dari masyarakat.
Kepada semua masyarakat setempat yang berkelapangan sekali lagi dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ini bermula dari 10 Jun 2011 selepas solat Jumaat di Kampung Selamat Bukit Merah, Gunong Semanggol.
Jom kita sama-sama memeriahkan Kenduri Rakyat.......
0 ulasan:
Catat Ulasan