Selasa, 7 Jun 2011

KENDURI RAKYAT KERJASAMA AKHBAR SINAR HARIAN

|

Gunong Semanggol- Akhbar Sinar Harian dengan kerjasama YB Tuan Haji Ramli selaku ADUN Gunong Semanggol akan mengadakan satu program kemasyarakatan "Kenduri Rakyat" dan telah memilih Kampung Selamat yang berada di dalam kawasan DUN Gunong Semanggol sebagai lokasi untuk diadakan program tersebut.

Program Kenduri Rakyat ini akan di adakan bermula pada 10 Jun 2011 sehingga 11 Jun 2011 dan akan dipenuhi dengan pelbagai acara kemasyarakatan antaranya gotong royong membersihkan kawasan kampung, sukaneka kanak-kanak , memasak dan kenduri rakyat, majlis bacaan Yaasin dan tahlil serta banyak lagi aktiviti lain.

Aktiviti ini akan melibatkan juga YB ADUN Selinsing, Tuan Haji Husin Haji Din, seluruh masyarakat berhampiran dan khususnya semua penduduk di Kampung Selamat sendiri.Kepada seluruh masyarakat yang berhampiran, dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang akan di adakan ini tanpa mengira sebarang fahaman politik.

Program ini adalah anjuran pihak akhbar Sinar Harian Negeri Perak susulan kepada program-program yang telah berjaya mereka adakan sebelum ini di kawasan-kawasan serta negeri-negeri lain yang menyaksikan sambutan yang amat baik dari masyarakat.

Kepada semua masyarakat setempat yang berkelapangan sekali lagi dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ini bermula dari 10 Jun 2011 selepas solat Jumaat di Kampung Selamat Bukit Merah, Gunong Semanggol.

Jom kita sama-sama memeriahkan Kenduri Rakyat....... 

Ahad, 5 Jun 2011

MASALAH INI SUDAH LAMA

|

Sudah beberapa kali saudara Arshad B Jaafar.52,turun naik Pejabat Daerah untuk mengetahui status jalan di hadapan rumah beliau yang terletak di Kampung Selamat,Jalan Kerian...Rupanya jalan sepanjang 100m itu adalah dibawah seliaan PLB(Pembangunan Luar Bandar)..Disepanjang jalan ini terdapat lebih kurang 10 buah rumah..Keadaan jalan ini sangat teruk kerana tiap kali musim hujan pastinya aliran air akan melalui jalan ini dan seterusnya mengakibatkan ia berselut dan licin..Permukaan yang tidak rata juga telah menyebabkan kenderaan seperti kereta telah mengalami beberapa kerosakan kecil.Dan apabila anak-anak mereka pulang bila musim perayaan,laluan ini menjadi amat sibuk dan berkeadaan berselut.YB ramli telah mengadakan lawatan ke sini dan mendapati ianya amat perku diambil tindakan segera.