Jumaat, 1 April 2011

APABILA KEMAJUAN TERLALU DIUTAMAKAN

|

Permasalahan kali ini berlaku di kawasan Kampung Ulu Sepetang,Jalan Selama.Kawasan ini juga adalah di bawah seliaan YB Ramli kerana ia terletak di bawah DUN Semanggol.Penduduk yang meibatkan hampir 15 buah rumah merungut bila tiba musim hujan.Ini adalah kerana banjir yang kerap berlaku yang disebabkan oleh beberapa faktor.Menurut seorang penduduk di sini Zulkifli B Nordin,65.dahulu keadaan di kampung ini tidak seperti sekarang.Jika hujan lebat yang berpanjangan pun kawasan ini tidak pernah ditenggelami air.Hingga pernah satu ketika iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri,mereka terpaksa beraya di dalam rumah sahajakerana air pernah naik setinggi hampir 1 meter di dalam rumah.






 Menurut seorang lagi penduduk yang ditemui di sini,Timinah Bt Yusof,61,permasalahan ini adalah disebabkan oleh projek landasan berkembar yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.Tambakan tanah untuk landasan itu hampir setinggi bumbung rumah mereka.Jadi bila hujan turun dengan lebat,air sungai yang yang datang dari hilir telah tersekat kerana palong yang dibina dibawah tambakan tanah landasan tersebut terlalu kecil untuk menampung kuantiti air sungai yang mengalir.Projek itu diselenggara oleh Gamuda MMC Sdn Bhd.Selain faktor projek tersebut,sungai yang semakin sempit akibat tidak diselenggara juga menyumbang kepada masalah banjir ini.

Zaini B Mohd Zainon,40 menunjukkan keadan sungai yang sempit
Perabot yang rosak akibat banjir yang berlaku
Seorang penduduk menunjukkan bekas paras banjir yang berlaku baru-baru ini.
YB Ramli berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.Lebih bagus jika semua pihak yang terlibat dapat duduk semeja dan berbincang.Kita tahu kemajuan itu tidak salah kerana ia untuk kebaikan semua.Namun,jika kemajuan menyebabkan sesetengah pihak terpaksa berdepan dengan risiko,ini patut dielakkan.PIhak jabatan yang turut terlibat harap dapat sama-sama membantu penduduk di sini.

0 ulasan: