YB Ramli turun ke kawasan Kampung Batu 7,Jalan Kerian setelah menerima satu aduan mengenai jalan yang rosak akibat mendapan.Setelah dilihat sendidi oleh YB Ramli,rupanya palong air di bawah laluan utama ini telah pecah.Ianya mungkin disebabkan oleh air sungai yang telah menghentam kuat palong ini terutamanya jika hujan turun dengan lebat.
|
YB Ramli menunjukkan tebing jalan yang runtuh |
|
Palong yang pecah |
|
Jalan kampung batu 7 |
Jika tidak diselenggara segera kemungkinan berlaku runtuhan tanah dan seterusnya mengakibatkan jalan ini rosak.Maka terputuslah hubungan penduduk di sini dengan jalan besar.Pihak terlibat sila pantau dan selesaikan dengan segera.