Khamis, 1 Julai 2010

PROGRAM ZIARAH BERSAMA MUSLIMAT

|

Semalam YB Ramli dan isteri diiringi oleh Muslimat PAS Bagan Serai yang diketuai oleh Puan Hjh Rohaya Bt Abu Bakar telah mengadakan program ziarah dibeberapa tempat di bawah Parlimen Bagan Serai.Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah tuan punya Poliklinik Bakti iaitu Doktor Yahya,57,yang dikhabarkan tenat akibat terkena penyakit barah hati.Sudah hampir sebulan Doktor Yahya terlantar dan sering keluar masuk hospital.YB Ramli dan rombongannya membacakan Yaasin untuk Doktor Yahya yang semakin tenat keadaannya.PERHATIAN!!!Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi di rumahnya dan selamat dikebumikan di Masjid Matang Gerdu,Bagan Serai.YB Ramli turut hadir untuk menyembahyangkan Allahyarham.Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

h
Sesi ziarah beralih pula ke Kampung Yasin,kali ini adalah untuk melawat isteri kepada ketua kampung tersebut yang menghidap penyakit kencing manis yang mengakibatkan kedua-dua kakinya telah dipotong.Menurut Puan Halijah,dia sekarang bergerak menggunakan tongkat beroda untuk bergerak.Sebelum berangkat,sedikit sumbangan dihulurkan kepada Puan Halijah oleh Puan Rohaya dan sedikit sumbangan peribadi dari isteri YB Ramli,Puan Hjh Latifah Bt Salleh.

Seterusnya YB Ramli dan rombongan meneruskan program ziarah ke Parit Haji Taib 2.Kedatangan YB Ramli menyebabkan Osman B Alwi,52,berasa sebak dan hampir menitiskan airmata.YB Ramli menenangkan Osman dan meminta dia supaya bersabar.Menurut Osman,dia telah menghidap penyakit kencing manis hampair 10 tahun.Cuma beberapa bulan kebelakangan ini,penyakitnya semakin serius dan bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital.

Program ziarah ini tamat kira-kira pukul 1 tengahari.YB Ramli mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Muslimat PAS bagan Serai yang sudi menjemput beliau untuk turut sama dalam program ziarah kali ini.

0 ulasan: