Jumaat, 18 Jun 2010

SIKAP PILIH KASIH PIHAK SEKOLAH DAN JABATAN PENDIDIKAN SERTA DENGKINYA UMNO!

|

Ramai berpendapat bahawa sekolah adalah tempat yang dilarang sama sekali diadakan program berunsur politik tetapi ada juga yang berkata yang sebenarnya semua ini adalah kata putus dari pihak atasan(Jabatan Pendidikan) sendiri untuk membenarkan atau tidak diadakan program sedemikian di dalam sekolah.Walau apa pun yang diperkatakan,suka saya nak mengaitkan hal di atas dengan satu majlis mesyuarat perwakilan pemuda UMNO yang akan diadakan selama 2 hari(19-20 Jun 2010) di Sek Men Abu Bakar Al Baqir,Sg Gedong.Mengikut pendapat yang pertama,terang-terang UMNO dengan bongkak menggunakan kuasanya dengan menggunakan sekolah untuk diadakan mesyuarat perwakilan mereka.Hal ini betul-betul bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan,iaitu menggunakan sekolah untuk tujuan politik.Kecualilah jika satu parti politik itu ingin mengadakan majlis bantuan atau sumbangan kepada pelajar miskin seperti contoh.Jika pendapat kedua menyatakan kata putus adalah dari pihak jabatan,ini bermakna apa-apa program untuk Pakatan Rakyat juga boleh diadakan di dalam sekolah tetapi dengan KEIZINAN PIHAK JABATAN.Timbul persolan di sini,adakah pihak jabatan memberi kebenaran atau tidak kepada Pakatan Rakyat?Jika tidak,ini bermakna institusi pengajian telah menjadi satu lagi alat UMNO/BN selain badan-badan kerajan dan swasta yang memang telah kita sedia maklum duduk di bawah ketiak UMNO/BN ini!Memang berat sebelah!Di mana sahaja ada guru-guru sekolah yang pro-PR habis ditukar.Seperkara lagi yang saya kesalkan adalah mengenai satu kejadian yang melibatkan seorang ahli Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat.Menurut beliau,beberapa orang wakil dari sebuah sekolah telah bertemu dengan beliau untuk meminta sumbangan untuk satu majlis dan beliau telah menyumbang sejumlah wang bagi tujuan tersebut.Beberapa hari kemudian satu surat jemputan hadir telah dihantar oleh pihak sekolah dan beliau telah menghadiri majlis yang diadakan di sekolah tersebut.Apa yang dikesali adalah,disebabkan oleh sifat dengki juak-juak UMNO di kawasan tersebut,guru besar sekolah terbabit telah diberi amaran untuk ditukarkan ke sekolah lain atas alasan menjemput YB tadi ke majlis itu.Saya berasa pelik dan jelik dengan perangai orang-orang UMNO ini.YB tersebut telah menyumbang jadi apa salahnya beliau dijemput dan hadir?Beliau hadir sebagai pemerhati bukan sebagai pemberi sumbangan.

Saya memberi amaran kepada UMNO,janganlah terlalu bongkak dan sombong dengan kuasa bersifat sementara yang Allah anugerahkan.Gunakan kuasa untuk kebaikan dan bukannya untuk menzalimi orang lain.Jangan sampai nikmat itu ditarik balik baru UMNO nak sedar diri bak kata pepatah Dah Terantuk Baru Nak Tengadah.Betul seperti kata Tun Mahathir,UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS.....

0 ulasan: