Selasa, 29 Jun 2010

CERAMAH HAL-HAL SEMASA DI SIMPANG,TAIPING

|

Semalam di Taman Damai,Simpang satu program ceramah telah diadakan.Ceramah ini dianjurkan oleh PAS kawsan Bukit Gantang bersama-sama dengan DPP Perak.Isi-isi ceramah adalah mengenai hal-hal semasa termasuklah lesen judi bola yang telah ditarik oleh kerajaan juga mengenai perihal 40 orang ulama yang telah menyertai UMNO.Penceramah jemputan khas adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(Presiden PAS).



Ahad, 27 Jun 2010

TUAN GURU PRESIDEN DI SIMPANG,TAIPING

|

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

|

Selesai sudah majlis makan malam amal sebentar tadi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Bagan Serai yang diadakan di Dewan Haji Wahab Nor,Masjid Tinggi.DS Nizar merupakan tetamu kehormat untuk majlis ini.
Turut hadir adalah Encik Richard Wong(Timbalan DHPP Perak),Encik Beh Heng Kin(Naib DHPP Perak) bersama-sama dengan ahli DHPP Perak.
Acara cabutan bertuah turut diadakan selain pemberian anugerah kepada bekas-bekas Ketua Pemuda PAS Bagan Serai.

Selasa, 22 Jun 2010

MENCURAH AIR KE DAUN KELADI....

|

Desa B Tahir,63,berasa amat kecewa dan sangat-sangat sedih kerana hingga sekarang masalah lalat yang berlaku di kawasannya makin teruk sejak akhir-akhir ini.Bayangkanlah dalam masa separuh hari,10 helai perangakap lalat telah penuh!!Sungguh menjijikkan apalagi Desa adalah seorang peniaga di kawsan Batu 11,Jalan Kerian.
Pelbagai aduan telah dibuat tapi apa tindakan pun tiada.Agaknya siapa yang patut dipersalahkan??Tapi terus terang ini semua berpunca dari lori-lori ayam yang sering keluar masuk ke reban yang dibina di dalam ladang estet berhampiran.YB Ramli juga sudah muak denagn masalah ini,sudah beberapa kali beliau adukan dan sudah beberapa kali juga masalah ini keluar di dada akhbar namun tetap juga tiada perubahan.YB berharap pihak yang lerlibat seperti Jabatan Kesihatan dapt membantu menangani masalh penduduk-penduduk di sini.Difahamkan hampir 3/4 yang tinggal di sepanjang Jalan Kerian ini menghadapi masalah yang sama bermula di pekan Semanggol hinggalah ke Batu 9.

LAWATAN DARI IADA(KEMASIN-SEMERAK),KELANTAN

|

Pagi tadi satu rombongan dari pihak IADA(Kemasin-Semerak),Kelantan telah datang ke kawasan Bagan Serai untuk melihat sendiri sistem pengairan dan penjagaan sawah padi di sini.Pihak IADA(Kerian-Sg Manik),YB Ramli bersama En Abdul Rashid telah menyambut ketibaan rombongan ini yang tiba kira-kira pukul 1045 pagi tadi.Rombongan ini diketui oleh Encik Mat Zu B Man,Pegawai IADA(Kemasin-Semerak).Menurut Encik Mat,rombongan ini terdiri daripada petani-petani yang telah dipilih oleh pihak IADA untuk mengikuti sesi kursus dan juga pembelajaran yang melibatkan pertanian.

Menurut seorang pihak IADA(Kerian-Sg Manik),Encik Abdul Shuib B Barkat,25,tujuan lain lawatan ini adalah untuk melihat potensi hasil sawah padi di sini selain belajar teknik baru yang berkaitan dengan pertanian ini.Rombongan ini juga akan melawat ke tempat-tempat pertanian yang lain termasuklah Tanah Tinggi Cameron untuk melihat cara pertanian di kawasan sejuk.

Sebelum berangkat menjamu selera,semua peserta termasuk pihak IADA bergambar kenang-kenangan bersama YB Ramli.

INSTITUT LATIHAN PILIHANRAYA PAS(ILPAS)

|

20hb Jun yang lepas satu gerakerja pilihanraya yang baru telah dilancarkan di Dewan Dato' Abdul Hamid,Batangkali,Selangor.Program ini dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang,Presiden PAS.Program yang diberi nama ILPAS ini bertujuan antara lain adalah untuk memantapkan jentera pilihanraya di setiap kawasan hinggalah ke peringkat negeri.Antara yang terlibat di dalam ILPAS ini adalah individu-individu yang menjawat jawatan sebagai Ketua MTD(Majlis Tindakan DUN),Pengarah JPK(Jentera Pilihanraya Kawasan) serta beberapa lagi yang terlibat dengan jentera pilihanraya.
Pengarah ILPAS adalah YB Abdul Wahid Endut yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan JPP merangkap MP Kuala Terengganu.Untuk peringkat permulaan 4 modul utama ILPAS telah diserahkan oleh Tuan Guru kepada pengarah pilihanraya bagi setiap negeri.