Isnin, 3 Ogos 2009

" 1 Black Perak"

|



All Black...itulah ungkapan yang dapat diberikan kepada Himpunan Pemuda negeri Perak sempena Kempen Bubar Dun Negeri Perak atau "1 Black Perak" yang diadakan di Markas PAS Kawasan Bagan Serai. Pun begitu, suasana pada awal pagi amat menggusarkan. Satu pasukan FRU telah dikerahkan ke Masjid Tinggi Bagan Serai sebagai langkah untuk mengagalkan perhimpunan itu. Trak-trak FRU telah tiba seawal jam 4.00 pagi dan kemudiannya dipindahkan ke IPD Kerian. Namun, kerja-kerja pemantuan tetap dapat dilihat di sepanjang jalan oleh pasukan polis yang berpakaian seragam dan awam.


Bagi Pemuda-pemuda negeri Perak, keadaan tersebut tidak menjadi pematah semangat. Sebaliknya momentum yang dibawa dari Himpunan GMI telah menyemarakkan kehadiran mereka ke bumi bertuah Masjid Tinggi. Pihak penganjur menganggarkan kehadiran pemuda-pemuda seluruh negeri Perak sekitar 2500 orang. Sebaliknya telah mencapai 5000 lebih sehinggakan tukang masak terpaksa menambah 70 kilo beras bagi menampung keperluan jamuan makan tengahari majlis tersebut. Gegaran dan kehangatan program tersebut terasa apabila laungan takbir bergema didalam dewan. Program tersebut juga dihadiri oleh muslimat-muslimat dan Nisa' daripada kawasan berhampiran. Program dimulakan dengan nyanyian

lagu Negaraku, lagu negeri Perak dan lagu rasmi PAS seterusnya ucapan aluan Pengarah Program, Sdr. Salman Saleh, dan pidato dari Ketua Pemuda PAS Perak AF USt. Zawawi Abu Hasan, YAB Dato'Seri Nizar Jamaludin, Pengarah JPN Perak, Haji Asmuni Awi, Persuruhjaya PAS Perak, AF. Ust. Abu Bakar Husin, KDPPP, AF Ust. Haji Nasaruddin Tantawi dan Ketua Penerangan PAS Pusat AF Ustaz Idris Ahmad. Turut serta menyampaikan pidato ialah ketua AMK Shamsul Iskandar. Pidato yang bermula pada jam 11.20 pagi berakhir pada jam 1.45 petang. Selesai solah zohor dan jamuan, sesi dialog antara DPPP dan kawasan telah diadakan sehingga jam 4.00 petang.






0 ulasan: