Ahad, 11 April 2010

YB RAMLI DI SUNGAI SIPUT

|

Semalam,YB Ramli telah dijemput sebagai perasmi Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Siput kali ke 42 di Salak Stesen.Turut hadir sama adalah MP Sungai Siput iaitu YB Dr Michael Jeyakumar.
Di dalam ucapan perasmian,YB menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan dari PAS,DAP dan PKR.Jadi tiap-tiap parti ini harus saling bantu membantu.Jadi untuk PRK di Hulu Selangor tidak lama lagi,semua petugas perlu bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan Pakatan rakyat.

Jumaat, 9 April 2010

MP POKOK SENA BERCERAMAH DI SEMANGGOL

|

Malam tadi,telah diadakan satu ceramah isu-isu politik semasa yang bertempat di markas Pas Jalan Kubu Gajah,Semanggol.Penceramah jemputan adalah YB Yunus Jamhari(Kuala Kurau) dan juga YB Dato' Haji Mahfuz Omar(MP Pokok Sena).Pengerusi majlis pada malam ini Ustaz Akmal Kamarudin merangkap Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri.Turut hadir adalah YB Hj Husin,Encik Beh Heng Kin(Pengerusi Kelab Penyokong PAS Bagan Serai),Ustaz Sabri B Sabran(Nain YDP Kawasan Bagan Serai) serta Hj Yusof B Hj Zainon selaku Ketua Cawangan.

Rabu, 7 April 2010

SIAPA YANG PATUT DIDAHULUKAN???

|

Aduan kali ini adalah mengenai pokok kelapa yang sudah sekian lama tidak ditebang.Surat sudah dihantar kepada pihak berwajib dan yang nyatanya surat itu sudah diterima oleh jabatan masing-masing.Menurut Haji Kassim B Nor,62,bekas ketua kampung,beliau telah menghantar surat aduan tersebut dan proses penerimaan surat itu diambil perhatian oleh YB Ramli.Pokok kelapa itu itu tumbuh di tepi Jalan Kerian di kawasan Batu 11.
Beberapa minggu yang lalu,pihak TNB ada turun meninjau tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan atas alasan

Selasa, 6 April 2010

PESAWAH DAN PENDUDUK PANCHOR BISING LAGI!!!

|

Sebentar tadi YB Ramli baru pulang selepas meninjau masalah penduduk di Taliair Panchor Kanan.Kali ini mereka mengadu mengenai kesukaran mereka untuk menyirak padi dan kebimbangan mereka terhadap banjir yang mungkin akan berlaku.Di kampung ini,terdapat sebuah parit buang yang berperanan seperti longkang besar yang mengalirkan air terus ke sungai besar.Menurut Haji Abu Hassan B Haji Ghazali,60,masalah yang timbul sekarang adalah pengaliran air di parit buang itu sangat perlahan dan paras air di parit itu,semakin hari semakin naik bila tiba musim hujan.Setelah dikaji,beliau mendapati,masalah ini berpunca dari pintu air yang terlalu kecil yang menghalang kelancaran air dibuang ke sungai.Jika perkara ini tidak diselesaikan,kemungkinan banjir boleh berlaku.Selain daripada itu,kesukaran untuk menyirak padi juga adalah masalah yang dihadapi pesawah-pesawah termasuklah Haji Abu Hassan sendiri.Kebiasaannya,jika air di petak sawah terlalu dalam,mereka akan membuka palong air dan kemudiannya air lebihan di petak sawah akan mengalir keluar ke parit buang dan seterusnya dialirkan terus ke sungai besar.Tetapi,apa yang berlaku sekarang ialah paras air di parit buang sudah separas dengan batas sawah,jadi mana mungkin air lebihan sawah akan mengalir keluar.Setelah berbincang dengan YB Ramli,jadi pesawah-pesawah dan penduduk di sini meminta supaya pihak JPS memasang gelung tambahan di kiri dan kanan pintu air untuk melancarkan pengaliran air di parit buang dan juga meminta pihak JPS supaya mengorek kembali mana-mana bahagian parit buang yang semakin cetek dan sempit.

Contoh parit yang dikorek tapi hanya tak sampai suku dari panjang asal parit buang

Contoh parit yang belum dikorek

Isnin, 5 April 2010

MESYUARAT AGUNG DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN SERAI KALI KE 30

|

Pada 2hb April yang lalu(Jumaat),telah diadakan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai kali ke 30 yang bertempat di Dewan Haji Wahab Noor,Masjid Tinggi.Mesyuarat ini melibatkan semua Pemuda PAS dari setiap cawangan di bawah Parlimen Bagan Serai.Pengerusi untuk majlis perasmian ini adalah Ustaz Yazid.Yang hadir pada malam itu adalah Ustaz Sabri B Sabran selaku Naib YDP PAS Kawasan Bagan Serai,Ustaz Idris merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai,ketua-ketua lajnah serta saf kepimpinan yang lain.Mesyuarat agung kali ini dirasmikan oleh Muhammad Ismi B Mat Taib,AJK Kerja DPP Perak.

Kaunter Pendaftaran

Ustas Idris B Ismail,Timbalan Ketua Pemuda

Ustaz Sabri B Sabran,Naib YDP

Perasmi mesyuarat,Ustaz Ismi

Para perwakilan yang hadir

Sebelum mesyuarat bermula,semua perwakilan menjamu makanan yang telah disediakan.

Pengerusi tetap,Samsudin B Mokhtar

Setiausaha,saudara Zuwairi

Perwakilan dari Masjid Tinggi,saudara Muslan

Ketua Lajnah DACS,saudara Khairul Afandi

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Tiada pemilihan AJK baru,jadi YB amat berharap Pemuda PAS dapat memberi komitmen yang lebih tinggi terhadap perjuangan parti.Tunaikan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.Pemuda adalah sayap kanan parti,jadi dalam apa jua hal semua sayap-sayap parti termasuk Muslimat perlu bersatu padu bagi membolehkan setiap cabaran dalam perjuangan dapat ditempuh dengan penuh semangat dan sabar....TAKBIR!!!!