Isnin, 26 September 2011

LAGI MASALAH YANG PERLU DISELESAIKAN

|

Aduan yang ditimbulkan kali ini datang dari kawasan Parit Haji Ali,Masjid Tinggi.Yang pertama adalah mengenai parit tali air yang terlalu semak diakibatkan oleh rumput dan teratai yang berkembang biak.Selenggaraan ini sepatutnya diambil oleh IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS.

Aduan yang kedua pula adalah mengenai jalan taliair yag berkod(taliair Haji Ali 2) yang semak dan berlubang serta tidak rata..Untuk pengetahuan pihak terlibat jalan ini juga adalah seperti jalan utama di kampung ini..Terdapat rumah penduduk ditepi  disepanjang jalan ini.Penduduk harapkan pihak terlibat samada IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS supaya mengambil berat aduan ini..Cukuplah sekadar diturap dengan batu dan pasir halus..

Aduan yang ketiga pula mengenai jalan utama di kampung ini yang berlubang..Sudah lama masalah ini berlarutan..Diharap jalan dibawah selenggaran PLB(Pembangunan Luar Bandar) dapat diperbaiki secepat mungkin..Terdapat beberapa tempat yang berlubang seperti dalam gambar di sepanjang jalan utama kampung ini.

Keempat adalah aduan yang sudah banyak kali diajukan namun masih tiada sebarang tindakan..Ia adalah mengenai tiang-tiang litar elektrik yang terpacak didalam kawasan sawah padi penduduk kampung..Boleh dikatakan tiang-tiang ini keseluruhannya berada di dalam petak sawah padi penduduk bermula dari jalan masuk sehingga ke hujung jalan..Tiang-tiang baru bagi menggantikan tiang-tiang lama ini sudah disediakan.Harap pihak TNB dapat menangani masalah ini dengan cepat kerana dengan adanya tiang-tiang ini maka ia menyukarkan jentera padi untuk mengutip padi di kawasan yang terdapatnya tiang-tiang ini.


Yang kelima adalah mengenai kerosakan jalan ladang Parit Haji Ali 2..Jika tiba musim hujan,keadaan jadi lebih berbahaya kerana jalan menjadi licin apatah lagi tidak dapat dikenalpasti samada jalan itu berlubang ataupun tidak.Jalan ini juga adalh dibawah selenggaraan IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS.