Jumaat, 25 Februari 2011

PERHATIAN..DANA DIPERLUKAN!!!

|

Baru-baru ini Tuan Haji Mohamad Sabu telah melancarkan "Kempen Seorang Dua Ringgit" bagi mengumpul dana untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan PASTI di Taman Serai Permai,Bagan Serai.Sekarang PASTI ini menyewa sebuah rumah sebagai bangunan sementara.AJK PASTI ini telah bersepakat untuk membeli sebuah rumah di lokasi yang berdekatan dengan bangunan PASTI sekarang.Dana yang dipelukan adalah sebanyak RM120 ribu.

Rumah yang telah dibida ini beralamat No 2,Lorong 10,Taman Serai Permai,34400 Bagan Serai,Perak.Saya berpendapat PASTI ini adalah tempat dimana anak-anak kecil yang berusia 4 hingga 6 tahun boleh mendapat asas ilmu agama yang bermanfaat sesuai dengan umur mereka.Antara objektif PASTI adalah:
  1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
  2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
  3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
  4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
  5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

Diharap individu-individu ataupun mana-mana badan bukan kerajaan,sekiranya ingin menderma atau menginfaq untuk PASTI ini bolehlah ditujukan kepada maklumat di bawah.


Selasa, 22 Februari 2011

PROGRAM KEBAJIKAN DI KAMPUNG SELAMAT

|

Siang tadi YB Ramli bersama dengan Skuad Kebajikan DUN Semanggol telah mengadakan satu sesi lawatan sambil memberi sumbangan kepada penduduk tepilih di Kampung Selamat.Kebanyakan penerima adalah kaum wanita yang hidup daif dan mereka jga masih belum menerima apa-apa bantuan dari kerajaan seperti Baitulamal mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat.Diharap pihak terbabit dapat turun padang mengambil tahu masalah rakyat setelah membaca ruangan ini.Sumbangan berbentuk makanan asas dan sedikit duit poket untuk kegunaan mereka disampaikan oleh YB Ramli.Ada juga beberapa bahagian rumah penerima sumbangan yang dilihat sgt daif keadaaanya.Bukankah elok jika ketirisan wang RM28 bilion seperti yang direkodkan oleh Ketua Audit itu digunapaki untuk membantu orang-orang seperti ini???Yang senanag bertambah senang..Yang kaya papa kedana..Wallahu'alam















YB RAMLI MELAWAT MANGSA KEBAKARAN

|

Semalam YB Ramli telah turun melawat mangsa kebakaran di Parit Haji Amin.Kebakaran mula disedari kira-kira jam 530 ptg.Pasukan bomba sukarelawan telah tiba awal dan berjaya memadamkan kebakaran setengah jam selepas itu.


Selepas maghrib YB Ramli tiba untuk melihat sendiri keadaan di tempat kejadian disamping menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa.





Khamis, 17 Februari 2011

MAT SABU DI DUN SELINSING

|

Malam tadi telah berlangsung satu program ceramah di PUPIS Selinsing.Penceramah jemputan adalah Mat Sabu yang merupakan AJK PAS Pusat.YB Ramli sebagai YDP memberi ucapan aluan.

Kemudin Pengerusi DHPP Perak,Encik Beh Heng Kin mengambil alih tempat YB Ramli.Ucapan Ah Beh menarik minat ramai penonton dengan fakta-akta serta diakhiri dengan pantun.



Walaupun masih belum sembuh sepenuhnya setelah terlibat dalam kemalangan bulan lalu,namun itu tidak mematahkan semangat Ustaz Misbahul Munir untuk menyampaikan ceramah beliau.





Sebelum Mat Sabu berceramah beliau telah diminta untuk memotong riben sebagai simbolik kepada pelancaran kutipan derma SEORANG RM2 yang bertujuan untuk mengutip dana untuk membeli rumah untuk dijadikan Pasti Imtiyaz Bagan Serai.








Segalanya berjalan lancar..Ribuan hadirin datang dari pelosok daerah.

Rabu, 16 Februari 2011

YB RAMLI DI PERMATANG PAUH

|

Malam tadi YB Ramli telah memenuhi jemputan DPP Kawasan Permatang Pauh untuk berkuliah dan juga berceramah di Kampung Sama Gagah,Permatang Pauh.Kuliah diadakan di Masjid Al Qadri,Kampung Sama Gagah.Kuliah adalah berkisarkan sambutan Maulidur Rasul.

Selepas solat Isya' program ceramah di mulakan.Ucapan aluan oleh tuan rumah dan diikoti oleh ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kawasan iaitu Ustaz Zakaria Hamzah.



Sebagai penceramah jemputan YB Ramli memulakan dahulu ceramah beliau dan diikuti oleh YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki(Timbalan Speaker DUN Kedah).