Isnin, 27 Disember 2010

PENGAJIAN PONDOK UNTUK LEPASAN SPM

|

PROGRAM INTENSIF PENGAJIAN PONDOK
UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2010
TERBUKA KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN SPM (70 ORANG)
PENDAFTARAN PELAJAR PADA 9HB JANUARI 2011
BERTEMPAT DI SURAU AL-ANSAR, ALOR PONGSU ( SURAU TN GURU HAJI SABRAN ASMAWI)
MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN
-NAHU -
-SHAROF -
- TAUHID -
- FEQAH -
- HADIS -
- TAFSIR -
- SIRAH -
- TASAUF -
- MABADI ULUM -

MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN PELAJAR
HUBUNGI :
USTAZ MOHD SABRI BIN HAJI SABRAN ( 019-4144225 )

Jumaat, 17 Disember 2010

ADUAN PENDUDUK BATU 10

|

Sejak musim hujan kebelakangan ini,lubang yang dahulunya kecil kini semakin membesar dan sehingga sekarang lubang yang disebabkan oleh mendapan tanah ini boleh membahayakan orang awam terutamanya kanak=kanak.Masalah ini diadu oleh penduduk Taman Indah Jaya,Batu 10 Jalan Kerian yang juga merupakan tempat tinggal YB Ramli.
Pemuda prihatin ini Mohd Khusaini B Fadoalah,27 juga turut mengadu mengenai longkang yang tidak diselenggara sepenuhnya oleh pihak berkenaan.Akibatnya longkang tersebut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan ditambah pula dengan keadaan tersebut yang mencacatkan pemandangan.
YB Ramli berharap permasalahan ini dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pihak yang berkenaan.

Khamis, 16 Disember 2010

KEBIMBANGAN PENDUDUK TERHADAP RISIKO DENGGI

|

Sudah lebih 25 tahun penduduk di kampung Batu 1 1/4,Jalan Siakap,Bagan Serai hidup harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Tetapi keharmonian itu terancam sejak 2 tahun kebelakangan ini.Semuanya berpunca dari longgokan ribuan tayarkenderaan yang terdapat di dalam kawasan sebuah kilang minyak masak yang dibina di dalam kampung tersebut.

Menurut seorang penduduk di situ,Liang Hee Luang,42..keluarganya serta penduduk sekitar semakin rimas dan bimbang dengan risiko denggi yang disebabkan oleh longgokan ribuan tayar yang tidak diurus.Sudah beberapa kali penduduk di situ menegur tauke kilang itu supaya membuat sesuatu mengenai permasalahan tersebut,namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.Pernah suatu ketika,penduduk bertegang leher dengan tauke kilang namun sebaliknya tauke kilang yang sombong itu menuduh mereka dengki dengan kekayaannya dan sengaja mencari isu untuk menjatuhkan perniagaannya.
Menurut Liang Hee Luang lagi,nyamuk paling banyak ketika musim hujan seperti sekarang.Apabila tiba waktu subuh,lewat petang dan malam terlalu banyak nyamuk didalam rumahnya.Telah berpaket-paket lingkaran nyamuk dan bertin-tin racun penyembur dibeli namun tidak berkesan kerana kelompok-kelompok nyamuk terlalu banyak.Bila tiba musim panas pula tayar-tayar tersebut mengeluarkan bau yang sangat busuk.Semua masalah itu berpunca dari tayar-tayar buruk tersebut.Penduduk hanya mahu masalah ini diselesaikan.Pelbagai nasihat dan teguran tetapi tauke kilang tetap berdegil.

Rabu, 15 Disember 2010

MELAWAT KELUARGA MENDIANG TAN POH SENG

|

Malam tadi YB Ramli bersama isteri telah meluangkan masa melawat keluarga mendiang Tan Poh Seng di Bagan Serai.YB Ramli turut diiringi Encik Beh Heng Kin selaku Pengerusi DHPP Perak bersama-sama anak buahnya serta kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semanggol.Menurut Encik Beh,mendiang mengidap penyakit 3 serangkai yang telah lama dihidapi.








Ahad, 12 Disember 2010

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI

|

Semalam telah berlangsung dengan jayanya Program Khatan Beramai-ramai di PUPIS,Selinsing.YB Ramli sebagai YDP telah hadir bersama isteri beliau.Program bermula pada jam 10 pagi.Seramai lebih kurang 30 orang kanak-kanak telah menyertai program ini.
























Rabu, 8 Disember 2010

SAMBUTAN MAAL HIJRAH BERSAMA PRESIDEN PAS

|

Sambutan Maal Hijrah kali ini diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Perak di Pasir Panjang yang juga merupakan DUN bagi Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin.Tetamu khas adalah YAB Tuan Guru Haji Hadi Awang.Turut hadir adalah Dato Seri Nizar Jamaludin sebagai tuan rumah,YB Khalil Idham Lim,AJK Dewan Harian Pas Perak,Wakil dari DHPP serta lain-lain kehormat.