Tapi dulu bolehlah hari-hari tangan YB hanyir dengan ikan,sekarang tidak lagi.Tetapi sejak bergelar wakil rakyat,jala YB semakin
Sejak kebelakangan ini,cerita-cerita panas semakin kerap didengari seperti gereja dibakar,isu penggunaan kalimah Allah dan yang terbaru yang YB rasa rakyat Perak pun sedia maklum,iaitu keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya untuk menentukan siapakah MB Perak yang sah pada 9hb Februari ini.Apapun YB amat berharap agar kita sama-sama mendirikan solat hajat dan mendoakan kemenangan berpihak kepada Dato Seri Haji Mohd Nizar Jamaludin sebagai MB Perak yang sah sesahnya!!!Dan selepas itu bersedialah untuk pembubaran DUN Perak jika Allah berkehendakkan begitu..Perkemaskan jentera parti kita.Jika pilihanraya yang sebelum ini terdapat banyak kelemahan,perbaiki dan jangan cepat putus asa..Dan disamping itu sentiasa bermohon kepada Allah SWT agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat teguh hati dan sanubarinya supaya tidak mudah gelap mata bila disogok dengan wang ringgit atau habuan seks!!Jadikan "kisah lama" sebagai pengajaran.Dengan itu dapatlah kita hidup aman damai dan harmoni.Diharap selepas ini,tiada lagi sidang DUN di bawah pokok dan juga di hotel.Tiada lagi polis-polis yang melayan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat seperti penjenayah!!Tiada lagi sekatan dawai FRU!!Tiada lagi peristiwa rampasan baju Speaker...Tiada lagi konsert Jom Heboh@Sure Heboh dan seumpama dengannya..Dan paling penting sekali kami rakyat Perak dapat mengimarahkan kembali surau di kediaman rasmi MB dengan tazkirah,usrah dan program ibadah yang lain..Terkenang waktu dulu....Wassalam
0 ulasan:
Catat Ulasan