Memaparkan catatan dengan label Aduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aduan. Papar semua catatan

Selasa, 21 Februari 2012

Masalah penduduk Batu 11

|

Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras saliran air sungai ini.Jika hujan turun dengan lebat maka pintu air ini tidak dapat menampung jumlah air yang banyak lalu air sungai yang deras akan melimpah ke tebing dan menyebabkan banjir.

Pengadu,Desa B Tahir 64,berkata ada pihak yang sudah mengoreksungai tersebut,malangnya proses itu telah menyebabkan paras sungai lebih rendah dari paras pintu air.



YB Ramli turut sama meninjau keadaan yang ditunjukkan dan YB berjharap pihak terlibat prihatin untuk menangani masalah ini.

Rabu, 30 November 2011

MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN

|

Hujan lebat yang turun 2,3 hari kebelakangan ini telah menyebabkan sesetengah tempat di dalam DUN Semanggol telah dilanda banjir.Antaranya Kampung Perlis,Kampung Batu 38 dan yang paling teruk adalah di Kampung Batu 40..Kesemuanya terletak di dalam kawasan Bukit Merah.Pagi tadi selepas menerima panggilan telefon YB Ramli bergegas ke tempat kejadian.Menurut salah seorang mangsa,Ahmad Nazri B Che Ad,32,air mula naik lebih kurang pukul 6 pagi tadi..Musibah ini telah beberapa kali menimpa penduduk di sini setiap kali musim hujan.Sejurus selepas lawatan YB Ramli,hampir 15 keluarga diarahkan berpindah ke pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.Punca berlaku banjir ini adalah disebabkan oleh air sungai yang melimpah setelah pintu air limpah utara empangan Bukit Merah dibuka.Dikhuatiri jika pintu empangan ini tidak dibuka,maka empangan tersebut boleh pecah.















Isnin, 14 November 2011

JALAN YANG MEMBAHAYAKAN PENGGUNA

|

YB Ramli meluangkan masa meninjau keadaan jalan di taliair besar Bagan Serai yang menghubungkan antara Pasar Bagan Serai dan Jalan Matang Buluh.Pihak terlibat diharap melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini.Laluan ini merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pasar dan ke sekolah.




PENDUDUK MENGELUH JALAN ROSAK

|

Abdul Rashid B Masrom,46,menunjukkan keadaan jalan Parit Haji Taib 1 dan di kampung Sungai Putat yang semakin hari semakin rosak..Surat aduan dan permohonan telah dihantar ke pihak terlibat termasuklah JKR,JPS dan juga IADA(Kerian-Sungai Manik)..Peruntukan sebanyak RM65000 telah diluluskan untuk membaikpulih jalan ini namun sehingga sekarang masih belum ada sebarang tanda-tanda jalan ini akan dibaiki.Jalan yang rosak ini berselang-selang di dalam laluan sepanjang 3 kilometer.




Abdul Rashid berharap projek baikpulih ini dipercepatkan dan janganlah dijadikan sebagai 'gula-gula pilihanraya' memandangkan gendang pilihanraya sudah berbunyi sejak akhir-akhir ini.

Sabtu, 15 Oktober 2011

MAK AYAH YANG KECEWA

|

Tidak ada yang dapat menggambarkan kegembiraan hati ibu bapa apabila melihat anak mereka menerima sijil tamat pembelajaran di atas pentas dalam satu majlis yang serba serbi hebat..Apatah lagi penyampaian sijil disampaikan oleh orang-orang kenamaan..
Jumli B Abas,50


Namun semua kegembiraan itu berkecai apabila anak mereka diabaikan dari menyertai majlis konvokeyen UNISEL pada 15-17 Oktober 2011di Dewan Utama UNISEL Bestari Jaya,Selangor..


Bapa kepada remaja berkenaan iaitu Jumli B Abas,50,seorang pesara tentera berasa amat kecewa terhadap apa yang menimpa anaknya Muhamad Faiz B Jumli,22..Ini berikutan kecuaian yang disebabkan oleh pentadbiran UNISEL yang melewatkan penghantaran surat penyertaan anaknya ke majlis konvokesyen di IPTS tersebut..


Sampai dirumah pada 14hb Okt 2011
Bukti kelewatan ialah tarikh surat penyertaan konvokesyen tersebut adalah pada 8hb Ogos 2011 tetapi surat itu dihantar ke rumah pada 11hb Oktober 2011 dan sampai pada 14hb Oktober 2011..Persoalannya mengapa sampai 2 bulan lamanya proses untuk penghantaran surat tersebut ke rumah??


Surat penyertaan bertarikh 8hb Ogos 2011
Tarikh penerimaan surat yang terlalu lewat menyebabkan mereka jadi kelam kabut kerana tiada sebarang persediaan yang dibuat..Apabila Encik Jumli menelefon ke pihak UNISEL untuk mendapatkan kepastian jika terdapat sebarang keraguan ataupun masalah berkaitan pembelajaran anaknya yang menidakkan anaknya itu dari menyertai konvkesyen,pihak mereka(UNISEL) menafikannya dan menyatakan bahawa nama anak mereka itu memang ada dalam senarai untuk menerima sijil tamat pembelajaran..


Surat dihantar bertarikh 11hb Okt 2011
Sesungguhnya Encik Jumli amat terkilan dengan keadaan ini..Bagi beliau,masalah ini tidak patut berlaku apatah lagi melibatkan sebuah institusi swasta..Semua pihak maklum bahawa belajat di IPTS memerlukan belanja besar,namun demi anak,mereka suami isteri sanggup bekerja keras untuk memberi yang terbaik untuk anak mereka..Akan tetapi di akhirnya ini pula yang berlaku..Pihak UNISEL tidak mengambil berat perkara yang remeh sebegini..


Encik Jumli berharap pihak UNISEL dapat memohon maaf secara terbuka mengenai hal ini kerana mereka malu apabila ada suara-suara orang yang tidak tahu menahu menuduh anak mereka itu mempunyai masalah dalam pembelajaran dan disebabkan itu dia tidak layak menerima sijil tamat pembelajaran..

Isnin, 3 Oktober 2011

BUDAK 3 TAHUN DISERANG BERUK

|

Pagi tadi YB Ramli meluangkan masa melihat keadaan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang cedera diserang beruk yang dipercayai beruk belaan jiran kanak-kanak malang tersebut..Laporan polis telah dibuat pagi ini..Kejadian ini berlaku di PPRT,Lembah Beriah,Bukit Merah..

Menurut datuk kepada kanak-kanak malang ini Rosli B Adom,45,kejadian berlaku lebih kurang seminggu yang lepas,iaitu pada 26hb September,kira-kira jam 4 petang..Beruk itu telah menyerang Nurul Iman Bt Abdullah,3 tahun ketika dia sedang bermain di halaman rumah..Beruk yang tidak ditambat itu teah menggigit di bahagian belaknag badan Nurul sehingga menyebabkan luka yang agak parah bagi seorang budak kecil.

YB Ramli berharap pihak terlibat menyiasat perkara ini dan jika perlu,ambillah tindakan kepada tuan punya beruk ini..Perkara ini tak sepatutnya berlaku lagi selepas ini.




Isnin, 26 September 2011

LAGI MASALAH YANG PERLU DISELESAIKAN

|

Aduan yang ditimbulkan kali ini datang dari kawasan Parit Haji Ali,Masjid Tinggi.Yang pertama adalah mengenai parit tali air yang terlalu semak diakibatkan oleh rumput dan teratai yang berkembang biak.Selenggaraan ini sepatutnya diambil oleh IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS.

Aduan yang kedua pula adalah mengenai jalan taliair yag berkod(taliair Haji Ali 2) yang semak dan berlubang serta tidak rata..Untuk pengetahuan pihak terlibat jalan ini juga adalah seperti jalan utama di kampung ini..Terdapat rumah penduduk ditepi  disepanjang jalan ini.Penduduk harapkan pihak terlibat samada IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS supaya mengambil berat aduan ini..Cukuplah sekadar diturap dengan batu dan pasir halus..

Aduan yang ketiga pula mengenai jalan utama di kampung ini yang berlubang..Sudah lama masalah ini berlarutan..Diharap jalan dibawah selenggaran PLB(Pembangunan Luar Bandar) dapat diperbaiki secepat mungkin..Terdapat beberapa tempat yang berlubang seperti dalam gambar di sepanjang jalan utama kampung ini.

Keempat adalah aduan yang sudah banyak kali diajukan namun masih tiada sebarang tindakan..Ia adalah mengenai tiang-tiang litar elektrik yang terpacak didalam kawasan sawah padi penduduk kampung..Boleh dikatakan tiang-tiang ini keseluruhannya berada di dalam petak sawah padi penduduk bermula dari jalan masuk sehingga ke hujung jalan..Tiang-tiang baru bagi menggantikan tiang-tiang lama ini sudah disediakan.Harap pihak TNB dapat menangani masalah ini dengan cepat kerana dengan adanya tiang-tiang ini maka ia menyukarkan jentera padi untuk mengutip padi di kawasan yang terdapatnya tiang-tiang ini.


Yang kelima adalah mengenai kerosakan jalan ladang Parit Haji Ali 2..Jika tiba musim hujan,keadaan jadi lebih berbahaya kerana jalan menjadi licin apatah lagi tidak dapat dikenalpasti samada jalan itu berlubang ataupun tidak.Jalan ini juga adalh dibawah selenggaraan IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS.

Jumaat, 8 Julai 2011

PAS BAGAN SERAI BANTAH MDK

|

Pagi tadi YB Ramli bersama beberapa AJK PAS kawasan membuat laporan polis berkaitan rampasan banner BERSIH 2 oleh pihak Majlis Daerah Kerian di markas PAS kawasan Bagan Serai,Masjid Tinggi,petang semalam.Ini adalah kali ketiga banner tersebut dirampas pihak majlis semenjak tercetusnya idea perhimpunan BERSIH 2.

Laporan polis dibuat diatas kesalahan pihak MDK yang menceroboh masuk tanah persendirian milik PAS kawasan Bagan Serai.Dan mereka juga membuat rampasan itu tanpa menunjukkan sebarang notis.




Ahad, 5 Jun 2011

MASALAH INI SUDAH LAMA

|

Sudah beberapa kali saudara Arshad B Jaafar.52,turun naik Pejabat Daerah untuk mengetahui status jalan di hadapan rumah beliau yang terletak di Kampung Selamat,Jalan Kerian...Rupanya jalan sepanjang 100m itu adalah dibawah seliaan PLB(Pembangunan Luar Bandar)..Disepanjang jalan ini terdapat lebih kurang 10 buah rumah..Keadaan jalan ini sangat teruk kerana tiap kali musim hujan pastinya aliran air akan melalui jalan ini dan seterusnya mengakibatkan ia berselut dan licin..Permukaan yang tidak rata juga telah menyebabkan kenderaan seperti kereta telah mengalami beberapa kerosakan kecil.Dan apabila anak-anak mereka pulang bila musim perayaan,laluan ini menjadi amat sibuk dan berkeadaan berselut.YB ramli telah mengadakan lawatan ke sini dan mendapati ianya amat perku diambil tindakan segera.