Memaparkan catatan dengan label Lawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan. Papar semua catatan

Rabu, 7 Disember 2011

MANGSA BANJIR DIBANTU

|

Siang tadi,YB Ramli merangkap YDP PAS Bagan Serai bersama Setiausaha PAS Bagan Serai,Haji Sabri Sabran telah turun padang untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan Parit Abu Hasan Ban,Alor Pongsu.Bantuan adalah berbentuk barang makan asas.











Rabu, 2 November 2011

ZIARAH KEMATIAN DI BAGAN SERAI

|

 Bagan Serai  01.11.11;  YB Ramli sempat menziarahi mendiang Tan Ai Guet di Taman Mewah, Bagan Serai. YB sempat mengucapkan takziah kepada suami mendiang dan kepada keluarga beliau diminta bersabar.
YB bertanyakan sesuatu kepada adik mendiang

turut sama menziarahi keluarga mendiang adalah En. Beh Heng Kin 

YB Bersama anak mendiang Tan Ai Guek

Rabu, 6 Julai 2011

MAT SABU RASMI MARKAS BARU

|

Pada hari Isnin yang lepas,Timbalan Presiden PAS yang baru iaitu Tuan Haji Mohammad Sabu telah meluangkan masa turun ke kawasan Kerian untuk merasmikan sebuah markas PAS cawangan Parit Haji Taib,Bagan Serai.

Ketibaan beliau disambut oleh pemuda kampung yang ramai walaupun beliau tiba agak lewat hari itu.Turut hadir sama adalah YB Ramli selaku YDP PAS Kawasan Bagan Serai,YB haji Husin(TYDP) serta Pesuruhjaya PAS Perak iaitu Ustaz Haji Abu Bakar B Hussin.


































Program bermula jam 5 petang dan berakhir pada pukul  petang.Alhamdulillah semuanya lancar dan sempurna.

Khamis, 24 Mac 2011

MELAWAT KAWASAN BANJIR 3 (BERSAMA KETUA PEMUDA PAS PERAK)

|

Hari ini merupakan hari ke-3,YB Ramli turun padang untuk melihat keadaan mangsa banjir sekaligus memberi sedikit sumbangan.Boleh dikatakan lawatan ini adalah secara mengejut.Jika 2 hari sebelum ini YB Ramli banyak melawat ke kawasan penempatan,tetapi hari ini YB Ramli menumpukan terhadap penduduk-penduduk yang tidak berpindah.Lokasi adalah di kawasan Pancur Kanan,Padang Lalang dan Pancur Kiri.




YB Ramli diiringi oleh Muslimat PAS Kawasan beserta AJK Penerangan PAS Kawasan.Sebelum itu muslmat telah bertungkus lumus menyiapkan bungkusan-bungkusan untuk mangsa banjir agar mudah diagihkan.Batrangan adalah berupa makanan asas.











Tidak lama kemudian,Ketua Pemuda PAS Perak,Ustaz Zawawi menyertai rombongan ini memandangkan rumah beliau berada di kawasan ini.Kebanyakan penghni rumah sedang sibuk membersihkan rumah mereka.


















Alhamdulillah,setakat ini misi lawatan mengejut ini berjaya.Hampir 40 buah rumah telah YB Ramli lawati dan beri sumbangan.InsyaAllah tempat-tempat lain kan menyusul jika tiada aral melintang.Sumbangan adalah dari PAS Negeri Perak.