Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Jun 2010

DEMO BANTAH KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL

|

Jumaat; 11.06.2010 Masjid Tinggi , Demonstrasi aman membantah kekejaman Israel kepada konvoi kemanusiaan ke Gaza. Demo aman yang dianjurkan oleh Seketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai yang diketua oleh Ketua Cabang PKR Bagan Serai sdr Mohd Nasib bin Rahim. Demo yang diadakan selepas solat jumaat di perkarangan masjid Al-Athar, Masjid Tinggi ini dihadiri lebih 100 orang jemaah tempatan. Sdr Munawir Mahmud Setiausaha Seketeriat Pakatan Rakyat yang berucap, mengesa pihak kerajaan Malaysia menghentikan sebarang bentuk perjanjian atau apa saja bentuk hubungan dengan puak Zionis Israel bagi menyatakan kesungguhan kita menentang kekejaman dan kezaliman rejim Zionis ini. Pihak Seketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai mengesa Perdana Menteri membatalkan segala bentuk perjanjian dengan APCO yang jelas adalah syarikat dari Israel.

anak muda yang menyertai demo tersebut membantah sekeras-kerasnya kezaliman rejim yahudi.



sebahagia peserta yang menghadiri demo aman tersebut



bendera Israel dibakar

Majlis diakhiri dengan bacaan doa memohon kepada Allah menghancurkan bangsa yahudi yang zalim dan memberi kekuatan kepada pejuang-pejuang Islam.

Khamis, 14 Januari 2010

FIKIR-FIKIRKAN.....

|

Cuba kita perhatikan gambar ini.Gambar ini saya ambil di sebuah gereja di Penang.Satu banner besar bertulis "SAY NO TO ISA" tergantung di sini.Apakah agaknya kesimpulan yang dapat kita buat berdasarkan gambar ini?Bagi saya,bukan hanya Islam sahaja yang menolak kezaliman,tetapi yang bukan beragama Islam juga menolak kezaliman.Terkadang pelik juga rasanya bila waktu kita berdemo menentang ISA(GMI),ada juga yang beragama Islam menyokong ISA.Islam melarang sama sekali penganutnya berlaku zalim.Tidak malukah kita,agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini masih menggunakan akta zalim ini?Menangkap orang yang tidak bersalah dengan sewenang-wenangnya disumbat ke dalam ISA dan dilayan seperti binatang!!Tidak terfikirkah kita keluarga tahanan-tahanan ini seperti hilang tempat bergantung.Seorang isteri tanpa suaminya,anak-anak tanpa kasih sayang seorang bapa,adik-adik sunyi dari gurauan abang tersayang dan ibu bapa tanpa putera kesayangan mereka...maka,fikir-fikirlah kita semua akan perkara ini..Yang zalim harus ditentang!!!

Jumaat, 9 Januari 2009

DEMONSTRASI BANTAH KEKEJAMAN YAHUDI LAKNATULLAH!!!

|



Keangkuhan Zionis yang mengambil kesempatan dengan menyerang umat Islam di Palestin menyebabkan seluruh dunia bersatu (kecuali sekutunya) membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut. Palestin seumpama medan pengujian teknologi senjata ketenteraan apabila tentera Zionis sentiasa membedil kawasan-kawasan penting seperti Gaza dengan alasan pejuang Hamas barada di kedudukan tersebut. Perkara yang menjadi persoalan apakah amunisi dan persenjataan yang telah digunakan?Mungkin Cluster bomb atau MOAB..



Hal sedemikian yang telah disuarakan oleh seluruh penduduk kawasan Bagan Serai dalam satu demonstrasi di perkarangan Masjid Al-Athar, Bagan Serai sebagai membantah kekejaman Yahudi laknatullah terhadap penduduk Palestin. Demonstrasi yang diketuai oleh Ustaz Idris bin Ismail dan beberapa lagi saf pimpinan Pemuda Bagan Serai dengan kerjasama Jawatankuasa masjid Al-Athar telah menarik perhatian lebih 300 jemaah Solat Jumaat mengikuti bantahan tersebut.Pelbagai kain rentang yang mengutuk tindakan rejim dikibarkan bagi menyemarakkan rasa amarah terhadap Zionis. Pada akhir bantahan semua yang hadir bersama-sama mendoakan agar tentera Harakat Al-Muqawwama Al-Islamiyya bersama-sama Hizbollah dapat menghancurkan tentera rejim Zionis dan seterusnya menyelamatkan bumi Gaza dan Palestin yang pernah menjadi kiblat umat Islam yang pertama…

Rabu, 24 September 2008

Syoknya Bertarawih Di Dataran MBI

|



Buat kali pertama di Negeri Perak penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar Bandaraya Ipoh berpeluang menghadiri Program Ehya' Ramadhan yang diadakan di Dataran MBI anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pada 4 Ramadhan yang lalu.
Program ini diadakan setiap hari bermula pada 15 Ramadhan yang lalu sehingga berakhirnya Ramadhan pada tahun ini.Acara dimulakan dengan Majlis berbuka puasa beramai-ramai seterusnya para hadirin akan bersolat Maghrib,Isyak dan bertarawih secara berjemaah.
Selepas selesai bersolat, Majlis Tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang dari seluruh pelusuk negara.Di antara penceramah yang hadir ialah Ustaz Nasaruddin Daud,Ustaz Halim Hassan,Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz dan beberapa penceramah lain.
Program ini berjaya menarik ratusan penduduk Ipoh datang untuk bersolat beramai-ramai.Walaupun hanya sekadar bersolat di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah.Rata-rata para jemaah yang datang amat berpuas hati dan menaruh harapan yang tinggi agar program ini akan diadakan setiap tahun.
Pihak penganjur juga menyediakan segala kemudahan untuk berwudhuk,tandas,juadah berbuka,juadah moreh dan sistem siaraya yang baik.Bagi faktor keselamatan pula,Pasukan Unit Amal Ipoh berjaya memastikan program ini berjalan dengan baik.


Ahad, 21 September 2008

Ramadhan Bulan Berkebajikan.

|


Barisan kepimpinan BKAOI bersama YB.

20 Ramadhan 1429-Badan Kebajikan Am Orang-Orang Islam(BKAOI) Kg.Matang Gerdu,Bagan Serai,Perak ialah sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan pada 1973 iaitu kira-kira 36 tahun yang lalu.BKAOI mempunyai ahli kira-kira 600 orang.Pada masa ini badan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Jamil.

Menurut 'orang lama' BKAOI Ustaz Tuan Haji Yahaya Ismail yang juga merupakan setiausaha BKAOI,badan ini pada awalnya ditubuhkan sebagai badan yang menguruskan khairat kematian untuk penduduk Kg.Matang Gerdu sahaja tetapi ditukarkan kepada badan kebajikan am apabila keperluan masyarakat Islam semakin meningkat.Badan ini telah menjadikan Masjid Matang Gerdu sebagai pusat operasinya.





YB Tuan Haji Ramli Tusin menyampaikan bantuan.

Saban tahun BKAOI telah mengadakan pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadhan ini.Pada tahun ini seramai 16 orang daripada golongan anak yatim dan fakir miskin telah menerima BKAOI.Sebanyak RM3000.00 telah dikumpul dikalangan ahli-anli BKAOI dan orang ramai untuk disampaikan kepada golongan tersebut.

Pada tahun ini pihak BKAOI telah menjemputkan ADUN Gunung Semanggol merangkap YDP PAS Bagan Serai Tuan Haji Ramli Tusin untuk menghadiri majlis penyampaian bantuan anak yatim yang diadakan di Masjid Matang Gerdu,Bagan Serai,Perak.Pada majlis itu YB Haji Ramli,barisan kepimpinan BKAOI,AJK Masjid Matang Gerdu dan penduduk setempat telah bertahlil,berbuka puasa dan bersolat Maghrib bersama. end//


Jumaat, 19 September 2008

Andai Ini Ramadhan Terakhir.....

|



ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR … … … …

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu...merayu…
Kepadanya tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan diawal waktu solat yang dikerjakan…
Sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh dan qalbu….
Bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil…
Menangis kecurangan janji “Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil’alamin
(kerananya solatku,ibadahku,hidupku dan mati ku… kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam)

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia-siakan walaupun saat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkanbegitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang…
Bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibuk dengan berterawih..
Berqiamullail…bertahajjud..mengadu…merintih..meminta kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke Syurga-MU
Tapi..aku tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan yang kita buru….
Kita cari. .suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri..rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan……
Lorong-lorong redha Al-Rahman

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan yang Paling bererti..
Paling berseri…
Menerang kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami disana nanti
Namun teman….
Tak aka nada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan terakhir kali
Bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itulah hanya berusaha…
Bersedia..meminta belas-NYA
Andai benar Ramadhan ini terakhir buat kita…




(petikan dari keluaran Khas JAIPk)

Isnin, 25 Ogos 2008

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

|

Pesanan Semasa Mendengar Azan... Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin ..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri. Wahai Ali,

bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
end//

Kehidupan Manusia

|

Setiap manusia hadir ke dunia ini dengan modal
dasar kesucian. Dengan modal inilah seseorang
berniaga (berjual beli) di kehidupan dunia ini.
Setiap kamu lahir dalam keadaan fithrah, orang
tuanyalah yang menyebabkan menjadi Yahudi, Nasrani
dan Majusi. (Hadits)

Dalam perniagaannya di dunia ini sebahagian besar
manusia dalam keadaan merugi. Sedikit sekali
orang yang kembali kepada modal dasarnya
apalagi beruntung.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan

amal shalih dan nasehat menasehati supaya mentaati
kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi
kesabaran. (QS. 103:2-3)

Kerugian manusia dari modal dasarnya dalam
perniagaannya di dunia, karena manusia mengotori
jiwanya dengan membiarkan dirinya melakukan
dosa-dosa.

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan
jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang
mengotorinya. (QS. 91:9-10)

Penyebab Dosa

Semua dosa yang dilakukan oleh manusia
sesungguhnya disebabkan manusia mencintai
dunia lebih dari akhirat.
Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya
mereka mencintai kehidupan dunia lebih dari akhirat,
dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada
kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hati,
pendengaran dan penglihatannya telah dikuncimati oleh
Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS.
16:107-108)

Akibat mencintai dunia lebih dari akhirat,
menyebabkan manusia rela menjadi budak diatur
oleh hawa nafsu dan syahwatnya.
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan
hawa nafsunya sebagai ilahnya dan Allah
membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya Maka siapakah
yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah
(membiarkannya sesat).Maka mengapa kamu tidak
mengambil pelajaran (QS. 45:23)

Setiap hal yang dilakukan manusia atas dasar hawa
nafsu dan syahwatnya, sesungguhnya tiada
memberi faedah sedikitpun kepada dirinya kecuali
dosa, inilah yang akan menyebabkannya semakin
tersesat dari jalan Allah.
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia
akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. (QS. 38:26)

Akibat melakukan Dosa

Dosa yang dilakukan oleh manusia membuat
hatinya semakin kotor tertutup noda. Semakin
banyak noda-noda dosa itu menempel di hati,
semakin gelaplah dan semakin keraslah hatinya,
bahkan kekerasannya lebih keras daripada batu.
Manakala seorang hamba melakukan dosa, maka
menempelah pada hatinya setitik noda, dan manakala ia
melakukan taubat maka lepaslah noda tersebut (Hadits)
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu,
bahkan lebih keras lagi. (QS. 2:74)
Semakin banyak noda yang menutupi hati, maka semakin
sulitlah ia menerima petunjuk Allah. Dan kehidupan
tanpa petunjuk Allah hanyalah kesesatan.

“Sesungguhnya jika Rabbku tidak memberi petunjuk
kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang
sesat". (QS. 6:77)

Ayat-ayat Allah

Walaupun manusia hidup dalam kegelapan hati,
tetapi Allah Ta’ala Yang Maha Adil, selalu
memanggil manusia untuk kembali kepada-Nya
dengan ayat-ayat-Nya.
Ayat-ayat Allah terbagi atas dua jenis, yaitu Ayatayat
Qauliyah (al Qur’an) dan Ayat-ayat Qauniyah
(alam semesta), yang semua bertujuan agar
manusia kembali (bertaubat) kepada Allah.

...al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda. (QS. 2:185)

... dan Kami telah mendatangkan
tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang supaya
mereka kembali (bertaubat). (QS. 46:27)

Ayat-ayat Qauniyah ini melingkupi seluruh alam
semesta. Bahkan segala hal dalam kehidupan kita,
apakah sebuah masalah ataupun kesenangan,
semuanya merupakan bagian dari ayat-ayat
Qauniyah ini. Hal ini berkali-kali Allah hadapkan
kepada kita, namun karena terlampau mencintai
dunia sehingga selalu merelakan diri diatur oleh
hawa nafsu dan syahwatnya, menyebabkannya
tetap berpaling dari ayat-ayat itu.

Katakanlah:"Terangkanlah kepadaku jika Allah
mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup
hatimu, siapakah ilah selain Allah yang kuasa
mengembalikannya kepadamu" Perhatikanlah,
bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tandatanda
kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap
berpaling (juga). (QS. 6:46)

Dan banyak sekali tandatanda
(kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang
mereka melaluinya, sedang mereka berpaling
daripadanya. (QS. 12:105)

Rabu, 6 Ogos 2008

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI SABRAN DALAM KENANGAN.

|



Allahyarham Haji Sabran bin Haji Asmawi
Dipetik dari :http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabran_bin_Haji_Asmawi


ADUN N9-Gunung Semanggol, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Tempoh perkhidmatan
1999-2004 ADUN
1998-2002 Pesuruhjaya PAS
Parti politik
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Tarikh lahir
1 April 1938
Tempat lahir
Bagan Serai
Tarikh kematian
2 Januari 2007
Tempat kematian
Makkah (مكة المكرمة)
Agama
Islam

Pengenalan

Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi (Arab: ﺣﺎج ﺻﺒﺮﺍن ﺑﻦ ﺣﺎج ﺍﺳﻣﺎﻮي اﺳﻤﺎﻋﻳﻟﻲﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) atau Jaberal@Sabran bin Hasamawi@Asmawi (1938M~2007M), adalah merupakan salah seorang murid kanan dari Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Muhammad atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Guru Haji Mat Saman Kati. Dilahirkan pada hari Jumaat 1hb April, 1938 bersamaan 30 Muharram 1357H di sebuah kampong bernama Sungai Malau, berdekatan Changkat Lobak, Bagan Serai, dalam Daerah Kerian di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.


Tokoh Ulama' Nusantara Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari Rahimahul-Allah Ta'ala

Sepanjang hayatnya selama 69 tahun di atas muka bumi Allah SWT yang serba indah ini, TGHS telah menyumbang sebahagian dari umurnya untuk berbakti dan berjuang untuk meninggikan syiar agama Islam berpusat di kampong halaman khususnya di Alor Pongsu, Bagan Serai, dalam negerinya dan negaranya melalui pendekatan jalan dakwah dan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan agama di kalangan masyarakat dan anak bangsa melayu Islam.
Allahyarham TG sangat terpengaruh dan terkesan sekali dengan ulama besar seperti Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (MAA)[1] (اﻟﺸﻴﺦ ﻣﺤﻤﺪ أرﺸﺪ ﺑﻦ ﻋﺑﺪاﻟﻠﻪ ﺍﻟﺒﻨﺠﺎري رﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﺛﻌﻠﻲ) penyusun bagi kitab Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din (ﺳﺒﻴﻞ اﻟﻤﻬﺘﺪﻳﻦﻟﻠﺘﻔﻘﻪ ﻓﻲ اﻣﺮاﻟﺪﻳﻦ). Nama dan gelaran penuhnya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman al-Banjari bin Saiyid Abu Bakar bin Saiyid Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf bin Saiyid Muhammad Maula ad-Dawilah al-'Aidrus, dan seterusnya sampai kepada Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah bin Nabi Muhammad s.a.w. Riwayat kedatangan datuk nenek Syeikh Muhammad Arsyad ke dunia Melayu terjadi pertikaian pendapat. Ada riwayat mengatakan bahawa yang pertama datang ialah Saiyid Abdullah bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran.

Mungkin oleh kerana secara kebetulan dan ditakdirkan Allah Ta'ala pula, Allahyarham TG mempunyai salasilah keturunan serumpun dengan Syeikh besar Tokoh Ulamak Nusantara ini iaitu tempat asal usul keluarga dari daerah Sapat, Inderagiri, Sumatera Indonesia. Oleh kerana itu Allahyarham TG sangat mengagumi Syeikh MAA al-Banjari yang menjadi idola sejak di usia muda lagi, serta bercita-cita besar untuk menuruti jejak langkahnya dalam bidang keilmuan Islam.

Seorang yang berperwatakkan sederhana dan lemah lembut dengan semua orang. Akhlak Rasullullah s.a.w sentiasa menjadi ikutan, zuhud, gemar berdandan dan kemas dalam berpakaian selayaknya bagi seorang ilmuan Islam. Warna kegemaran Rasulullah s.a.w putih, hijau, serta merah telah juga menjadi pilihan. Sehinggalah ke umur baginda Rasullullah s.a.w yang wafat pada 63 tahun telah menjadi benchmark Allahyarham TG ;
"..Jika kita ditakdirkan mati kelak, biarlah sama umur dengan baginda Rasululllah s.a.w kerana sekurang-kurang umur juga mengikut nabi.."
Berbakti kepada masyarakat setempat


Allahyarham TG sewaktu menziarahi salah sebuah rumah yang musnah akibat kebakaran ketika menjadi YB
Dari kampong-kampong yang berdekatan dengan rumah kediaman di Alor Pongsu, Matang Pasir, Changkat Lobak, Sungai Malau, Larut, Matang dan Selama, Bukit Merah, Perak Parit Haji Taib, Parit Mentara, Pekan Bagan Serai, Masjid Tinggi, Gunung Semanggol, Kuala Kurau, Kamunting, Air Kuning, Kuala Kangsar Pekan Taiping, Matang Gerdu, Sungai Bogak, Pekan Parit Buntar dan banyak lagi. Bukan sahaja dalam negeri Perak sahaja malah melebar luas sehingga ke daerah-daerah dalam negeri Pulau Pinang dan di sebahagian daerah dalam negeri Kedah Darul Aman. Kerja dakwah ini tidak pernah terhenti sentiasa sahaja diteruskan oleh Allahyarham TG walau dalam apa keadaan sekalipun sehinggalah ke akhir hayat.
Allahyarham TG mula menabur bakti di usia masih muda (awal 30an), dengan terlantik menjadi imam tetap di Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu, sumber rujukan utama dalam bidang hukum hakam agama bagi masyarakat setempat, penolong pendaftar nikah dan cerai (naib kadhi) bagi kawasan Changkat Lobak, adalah diantara khidmat kemasyarakatan yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi. Oleh kerana itu Allahyarham TG amat di hormati oleh setiap lapisan masyarakat di Alor Pongsu, Bagan Serai, Gunung Semanggol dan kawasan sekitarnya.
Di akhir tahun 1980an dan awal tahun 1990an masehi, Allahyarham TG dilantik pula oleh masyarakat untuk memimpin Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah Teluk Medan, Negeri Perak mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Qadir Kahar yang meninggal dunia. Jawatan ini disandang hinggalah di penghujung tahun 1999an sebelum meletakkan jawatan sementara waktu untuk membolehkan Allahyarham TG bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10.
Maka kemuncaknya di usia menjangkau 61 tahun, Allahyarham TG telah menjadi pilihan utama masyarakat dan rakyat umum di dalam PRU pada November tahun 1999M. Di dalam PRU itu, Allahyarham TG telah dicalonkan dan terpilih untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Gunung Semanggol bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia PAS. Serentak dengan kejayaan memenangi PRU itu, secara rasmi Allahyarham TG diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi memaksimumkan lagi curahan semaian bakti kepada masyarakat dan berkhidmat kepada rakyat tidak mengira agama, bangsa, latarbelakang dan warna kulit.

Memartabatkan sekolah pondok dan SAR

Di antara cita-cita dan perjuangan Allahyarham TG yang tidak pernah padam adalah untuk memartabatkan sistem Sekolah pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Cita-cita mengasaskan Sekolah pondok sendiri sejak kembali ke kampong halaman. Ianya hampir menjadi kenyataan pada akhir tahun 70an awal 80an, dengan terdirinya beberapa buah pondok di sekitar Surau al-Ansar, Alor Pongsu. Namun ianya tidak kekal menjadi.
Ada juga yang datang menuntut secara sistem Sekolah pondok umumi (menadah kitab) khusus untuk tempoh masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan di Surau al-Ansar. Misalnya pada tahun 1979 awal tahun 1980, beberapa orang pelajar (sekitar 20 ke 30 orang) dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang diketuai oleh seorang pelajar bernama Ali. Kumpulan pelajar MCKK ini telah beberapa kali bermukim di Surau al-Ansar untuk mendalami ilmu agama dari Allahyarham TG ketika musim cuti penggal persekolahan mereka. Namun aktiviti ini terhenti kemudiannya, mungkin setelah masing-masing telah menamatkan pengajian dari MCKK dan menyambung pelajaran ke tempat lain atau meneruskan hidup dengan bekerja di tempat masing-masing.
Tidak lama kemudian, Allahyarham TG diminta untuk mengambil alih tempat Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Kahar sebagai Mudir atau Pengetua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ar-Ridwaniah. Teluk Medan, Bagan Serai. Dari sinilah cita-cita Allahyarham TG diteruskan, bermulalah memasuki bidang yang agak baru iaitu pengurusan dan pentadbiran sekolah (Sistem Akademik) serentak dengan itu juga mentadbir sistem Sekolah pondok secara umumi.
Allahyarham TG lantang memperjuangkan kepentingan SAR terutama ketika bantuan kewangan yang dibekukan oleh pihak pentadbiran kerajaan bermula pada 1998. Inilah cabaran yang paling getir pernah di lalui oleh Allahyarham TG selaku Mudir untuk mencari sendiri sumber kewangan yang kian meruncing dari hari ke sehari. Pernah suatu ketika hampir Allahyarham TG terbang ke Negara Brunei Darussalam untuk bertemu dengan sahabat di sana bagi memohon bantuan. Tidak cukup dengan itu juga Allahyarham TG menulis beberapa pucuk surat memohon bantuan dari badan-badan korporat dan bank-bank perdangan tempatan. Segala usaha ini dilakukan demi untuk melihat SAR terus hidup dan tidak terlepas ke tangan pihak kerajaan yang pada pandangan TGHS tidak lain hanyalah untuk memudarkan pengaruh agama Islam di kalangan masyarakat.
Sementara itu Pada bulan Mei 2005, Allahyarham TG di jemput untuk mewakili Negeri Perak ke Ijtimak Ulama' (إﺟﺜﻤﺎعﻋﻠﻤﺎء) Sekolah Pondok Se-Nusantara di Yayasan al-Jenderami Jenderam, daerah Sepang Dengkil sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Di kesempatan ini TGHS telah melontarkan beberapa pandangan dan idea yang bernas dalam sessi muzakarah (ﻣﺬﻛﺮه) perdana bersama para ulama’ yang datang dari seluruh nusantara termasuk dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura. Perjuangan dan usaha untuk mempertahankan SAR dan Sistem Sekolah pondok harus diteruskan, itulah tekad Allahyarham TG yang tidak pernah berganjak.
Pada pendapatnya kedua-dua pusat ini khususnya Sekolah pondok, masih cukup relevan sebagai pusat untuk melahirkan para alim ulama’ perwaris nabi untuk generasi akan datang, walaupun kita kini berada di dalam keadaan serba canggih dan moden. Kerana inilah jalan yang telah dirintis oleh Tuan-Tuan Guru kita turun temurun dari dahulu dan juga jalan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk diteruskan hingga ke hari kiamat. Maka tidak hairanlah SAR dan Sekolah pondok sentiasa dicemburui dan tidak disenangi bukan saja kini malah dari dulu sampai bila-bila.
Sebagai contoh berapa ramai dari kalangan Tok-Tok Guru di selatan negara Thailand khususnya Patani, yang telah ditangkap dan hilang begitu sahaja, entahkan hidup entahkan mati. Itu adalah janji Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an [10]:
(أﺣﺴﺐ اﻟﻨﺎس أن ﻳﺗﺮﻛﻮا أن ﻳﻘﻮﻟﻮا ءاﻣﻨﺎ وﻫﻢ لا ﻳﻔﺘﻨﻮن)
Ertinya:“Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?
"...Usaha ke arah jalan Allah Ta'ala pasti akan di uji dengan pelbagai rintangan dan cubaan, kita harus ingat Rasullah s.a.w adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Walaupun baginda seorang Nabi lagi Rasul malah kekasih Allah Ta'ala tetapi baginda adalah orang yang paling hebat menerima cubaan. Maka apalah sangat cubaan yang kita hadapi sekarang ini? Terlalu sedikit ibarat langit dengan bumi perbezaannya. Adakah kita pernah melalui peperangan sebagaimana Rasulullah s.a.w dalam usaha dakwah? Ramai dari kalangan kita yang tidak pernah!! Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan sekelian yang hadir untuk mempertingkatkan azam dan semangat untuk meneruskan jalan yang ditinggalkan baginda Rasulullah s.a.w. Tetaplah istiqamah di dalam perjuangan meninggikan martabat Sekolah pondok yang saya kira satu-satunya sistem pengajian yang menuntut pelajarnya mencari dan mencapai kecemerlangan ilmu dalam masa yang sama menunaikan tuntutannya iaitu beramal dengan apa yang dipelajari. “Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Usahlah takut dan gentar malah hadapilah segala cabaran dengan kekuatan istiqamah dan kesatuan ummah..."
Itu adalah antara lain pengisian Allahyarham TG ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis yang dirasmikan oleh YBhg. al-Fahdil Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.


Kembali ke-Rahmatullah

Pada 2hb-Jan 2007, di waktu dinihari sekitar jam 1:30 pagi, seluruh ahli keluarga telah dikejutkan dengan panggilan telefon terus dari ibu Hajjah Noraini Hj Hussain yang berada di Mekah dengan pengkhabaran berita yang amat sedih. Dalam keadaan hiba sambil menangis ibu memberitahu bahawa “Abah” kesayangan telah tiada lagi.
Pada waktu itu di Mekah, masih lagi awal sekitar jam 8:00 malam 1hb Jan-2007 bersamaan dengan Isnin 11-Zulhijjah 1427H. Diceritakan oleh isteri Pn Hajjah Noorani, bahawa selesai solat Maghrib, ketika memulakan perjalanan untuk melontar ke Jamrah setelah berhenti berehat untuk melepaskan kepenatan, Allahyarham TG rebah dan terus tidak sedarkan diri. Di ketika itu, Noorani yang berada tidak jauh hanya mendengar perkataan “Allah” (اﻟﻠﻪ) sebelum sempat memaut bahagian belakang dan Allahyarham TG terus rebah ke pangkuannya.
Setelah itu, Allahyarham TG segera dibawa oleh isteri dan beberapa orang petugas keselamatan di tempat kejadian ke pusat perubatan yang berdekatan. Sejurus tiba di situ, Allahyarham TG disahkan telah meninggal dunia oleh doktor yang bertugas. Ditakdirkan Allah Ta'ala, turut berada di tempat kejadian adalah Doktor Asmah binti Othman yang amat terkejut dan tidak menyangka sama sekali bahawa pesakit tersebut adalah datuk saudaranya sendiri. Secara khsusnya Allahyarham TG meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jantung yang disebut sebagai Acute Myocardial Infraction.

Aktiviti-Aktiviti


Majlis Korban merupakan agenda wajib saban tahun di Surau al-Ansar Alor Pongsu
Segala urusan pengebumian Allahyarham TG berjalan sungguh lancar dan amat mudah sekali. Jenazah Allahyarham TG disembahyangkan oleh jutaan ummat Islam dari serata pelusok dunia di dalam Masjidil Haram (المسجد الحرام), Makkah al-Mukarramah (مكة المكرمة) sesudah solat subuh keesokkan harinya. Inilah cita-cita di dalam hati kecil Allahyarham TG dan juga patut menjadi cita-cita setiap daripada Muslim untuk pergi menemui tuhan robbul-jalil mudah-mudahan dalam husnul-khatimah (إﻧﺸﺎءاﻟﻠﻪﺛﻌﺎﻟﻲ).
Pemergian Allahyarham TG pasti akan selalu diingati oleh setiap ahli keluarga, anak murid, kenalan dan sahabat di tanah air khususnya di Alor Pongsu. Pada setiap kali datangnya Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Korban, kenangan bersama Allahyarham akan terimbau kembali apabila tiba masa menganjurkan majlis korban di Surau al-Ansar. Ini adalah kerana, bukan sahaja tarikh pemergian Allahyarham TG yang ditakdirkan Allah Ta'ala pada musim Hari Raya Haji, malah ianya amat berkait rapat dengan ibadat sembelihan korban di Kampong Alor Pongsu. Allahyarham TG adalah orang yang mula memperkenalkan ibadat sembelihan korban ini secara lebih sistematik dan tersusun semenjak lebih 15 tahun dulu. Insya-Allah ianya pasti akan menjadi amalan untuk diteruskan oleh generasi sekarang dan akan datang hinggalah sampai hari kiamat.


Wasiat kepada seluruh umat Islam


Memang terdapat ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w, supaya kita berwasiat sebelum meninggal dunia, namun tidak semua orang dapat melaksanakannya. Orang-orang sufi sangat memandang penting perkara wasiat ini. Atas alasan itu, Allahyarham TG yang termasuk salah seorang daripada Guru dan Khalifah bagi Tareqat Mujaddidiyah as-Sammaniyah an-Naqsyabandiyah (ﻃﺮﻳﻘﻪ اﻟﻤﺠﺪدﻳﻪ اﻟﺴﻤﺎﻧﻳﻪ اﻟﻨﻘﺸﺒﻨﺪﻳﻪ), ada meninggalkan beberapa wasiat/nasihat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah (مكة المكرمة) untuk menunaikan fardhu haji. Walaupun kata-kata nasihat/wasiat tersebut lebih tertumpu kepada anak-anak, ahli keluarga serta anak murid untuk menjadi pedoman, tetapi ianya dilihat sangat relevan dan berguna untuk dikongsikan bersama dengan seluruh umat Islam. Di antaranya:

Jangan tinggal solat. Kerana solat adalah tiang agama, ibarat rumah yang tiada tiang pasti rumah tidak dapat dibangunkan. Islam terbangun dalam diri, masyarakat dan negara adalah dengan terdirinya solat di setiap kalangan penganutnya. Selagi ianya diabaikan pasti Islam sukar membangun atau dibangunkan. Solat juga jalan bagi segala orang yang mutaqin dan menyejukkan mata hati bagi Rasulullah s.a.w dalam mensyahadahkan tuhannya. Sembahyang berjamaah di masjid atau surau adalah yang paling afdhal untuk mendapatkan lebih darjat dan juga meningkat ukhuwah Islamiah sesama kita.

Sering-seringlah menziarah kubur ibu. Menziarah kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin menghampiri. Perbanyakkanlah mengigati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusuan dunia. Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Dengan selalu mengingati mati juga, kita akan lebih termotivasi untuk melakukan amal ibadat dan kebajikan buat bekalan akhirat. Beramal seolah-olah kita hendak mati hari esok, dan berkerjalah seolah-olah kita akan hidup hingga 1000 tahun lagi. Oleh itu beramal hendaklah kita segerakan berbanding mengejar kehidupan di dunia.

Jangan bertelagah sesama sendiri soal harta. Harta dunia tidak memberi apa-apa manafaat kehidupan akhirat melainkan yang dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah Ta'ala, berjihad dengan harta dan wang ringgit ke jalan Allah Ta'ala adalah tukaran jual beli yang paling tinggi nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.

Harta pusaka hendaklah dibahagikan mengikut hukum faraid. Ilmu tentang Hukum faraid adalah ilmu yang paling awal diangkat atau dicabut oleh Allah Ta'ala dari muka bumi, maka dengan itu berusahalah sedaya upaya mempertahankannya dalam diri dan keluarga dan keturunan generasi kita akan datang supaya ianya kekal hingga hari akhirat.

Harta yang telah dihebahkan (hadiah), diwaqafkan tidak perlu dipersoalkan. Tiada apa yang hendak dikejar atas muka dunia ini. Bekalan hari akhirat adalah yang paling penting. Sebagai penyambung amalan agar berterusan walaupun kita sudah mati adalah melalui 3 perkara. Salah satu daripadanya adalah meninggalkan harta waqaf termasuk dalam harta yang disedekahkan.

Jangan abaikan pendidikan keluarga. Pendidikan adalah penting untuk mendapat ilmu, tuntutan ilmu adalah amal. Orang yang berilmu tidak beramal ibarat pohon yang tidak berbuah dan lebih dahulu di siksa oleh Allah Ta'la berbanding orang lain. Orang yang beramal tapi tidak berilmu itu pula akan menjadi sia-sia sahaja. Tidaklah sama darjat antara orang yang berilmu dan tidak berilmu dengan beberapa darjat yang tinggi. Orang berilmu akan diangkat tinggi, berhati lemah lembut dan akan ditunaikan segala hajatnya oleh Allah Ta'ala.

Tuntutlah ilmu selagi terdaya. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. Pepatah ada menyebutkan dari buaian hingga ke liang lahat from cradle to grave. Berusahalah untuk menuntut ilmu agama, ianya menuntut kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. "Siapa yang dikehendaki baik oleh Allah Ta'ala, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan diilhamkan-Nya petunjuk di dalamnya..yufaqqihu-fid-din" (ﻳﻔﻘﻬﻪ ﻓﻲ اﻟﺩﻳﻦ).

Utamakan hubungan kekeluargaan dari yang lain. Jika hendak membantu, bantulah ahli keluarga sendiri dahulu, itu yang lebih afdal dari pada membantu orang lain. Hatta jika hendak memberi zakat lebih afdal kepada ahli keluarga yang layak dahulu. Ianya pasti dapat menjalinkan hubungan silahturahim yang lebih akrab.

Wasiat yang dilafazkan pada malam 19hb Disember 2006 itu; ternyata telah memberi kesan yang amat mendalam kepada setiap yang hadir. Lenggok bahasa dan cara penyampaian memang agak lain dari pada biasa. Bagi yang mempunyai mata hati yang terang pasti dapat menangkap; itulah kata-kata wasiat terakhir seorang yang bakal pergi jauh menemui tuhan yang maha pencipta.

Penutup dan kesimpulan

Tidak ada monumen besar dan legacy yang nyata pada pandangan mata ditinggalkan oleh Allahyarham TG. Tidak juga harta yang melimpah ruah. Baginya aset terpenting hanya tiga perkara ditinggalkan yang boleh menjamin kesinambungan pahala hingga hari kiamat. Pertama: Sedekah jariah, Kedua: Ilmu yang bermanafaat dan diamalkan oleh para muridnya dan Ketiga: Anak-anak yang ramai lagi soleh yang mendoa'kan kebahagiannya di alam baqa'. Ini adalah pegangan Allahyarham TG dan harus menjadi pegangan setiap muslim berdasarkan al-Hadis Nabi s.a.w:
(اذا ﻣﺎت اﺑﻦ ادم اﻧﻘﻄﻊ ﻋﻣﻠﻪ إلأ ﻣﻦ ﺛﻠاث: ﺻﺪﻗﻪ ﺟﺎرﻳﻪ, أوﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ, أو وﻟﺪﺻﺎﻟﺢ ﻳﺪﻋﻮﻟﻪ)
Ertinya: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manafaat atau anak soleh yang berdoa untuknya".
Ini adalah sebahagian dari apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w yang menjadi ikutan ahli keluarga baginda, para sahabat, pengikut sahabat, alim ulama', tok-tok guru dari dahulu hinggalah hari kiamat. Bukanlah harta dan kemegahan dunia; yang boleh menjadikan kita leka dan lalai. Kerana hasutan syaitan yang sentiasa mengintai untuk menyesatkan manusia seterusnya membawa kita terjerumus ke dalam neraka, kita mohon di jauhkan Allah Ta'ala.
Selain dari itu bukanlah sahaja masalah-masalah furug yang menjadi agenda usaha dakwah Allahyarham TG, malah Ideologi dan pemikiran yang membawa kepada menularnya budaya jahat dalam masyarakat seperti Hendonisme, Liberalisme, Islamic phobia, Islam Moderate, Politik suku agama suku dan pelbagai lagi isu ummah di tangani dengan penuh berhikmah serta tunjuk ajar tauladan yang baik.
Penghuraian pertembungan di antara ilmu Sains dan al-Quran yang menjadi “hudan”[27] (ﻫﺩي ﻟﻠﻨﺎس) atau pertunjuk kepada ummat manusia keseluruhannya, juga sering dijadikan topik perbincangan semasa mengadakan kuliah. Penggunaan minyak biodiesel umpamanya, sudah disebut di dalam al-Qura'an lebih 1400 tahun dahulu sebagaimana firman Allah Ta'ala[28]:
(اﻟﺬي ﺟﻌﻞ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ اﻟﺸﺠﺮ الأﺧﻀﺮ ﻧﺎرا ﻓﺎذا أﻧﺘﻢ ﻣﻨﻪ ﺗﻮﻗﺪون)
Ertinya: "Iaitu tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu"
Tetapi hanya baharu sekarang manusia menemui mukjizat al-Qur'an ini; apabila minyak kelapa sawit di jadikan fuel atau bahan bakar. Tidakkah ianya (biodiesel) ini berasal dari daun kayu yang hijau? al-Qur'an tidak pernah bercanggah dengan Sains. Cuma kadang-kadang Sains yang berasaskan pemikiran manusia semat-mata tidak mampu untuk melihat lebih jauh dari apa yang dinyatakan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an.

Bumi ini dilitupi oleh hampir 70% daripada air lautan yang berfungsi untuk menyejukkan dan melicinkan (sumpama coolent) bagi peredaran putaran bumi. Ini adalah kerana di dalam perut bumi itu terdapat kepanasan yang melampau seumpama enjin yang menggerakkan segala aktviti alam di atas muka dunia. Itu adalah keagongan dan kebesaran Allah Ta’ala yang maha pencipta.

Di antara keagongan lain dan sangat kreatifnya Allah Ta’ala, yang telah menjadikan segala sesuatu di dunia ini dengan konsep re-cycle serta bio-degradable. Tidak ada satu benda pun yang dicipta Allah Ta’ala yang tidak boleh di kitar semula berbanding dengan ciptaan manusia, yang majoritinnya hanya melakukan kerosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Maka awal-awal lagi Allah Ta’ala telah meraqamkan hal ini di dalam al-Quran [29]:
(ﻇﻬﺮ اﻟﻔﺴﺎد ﻓﻲاﻟﺒﺮ واﻟﺒﺤﺮ ﺑﻤﺎ ﻛﺴﺒﺚ أﻳﺪي اﻟﻨﺎس...إﻟﻲاﺧﻳﺮه)
Ertinya: “Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan, kerana perbuatan tangan manusia . supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Adakah kita mengambil pengajaran ayat ini setelah berlaku ombak besar Tsunami pada tahun 2004 yang telah mengorbankan lebih 150,000 orang itu? Adakah kita telah kembali ke jalan yang benar yang dikehendaki dalam ayat tersebut? Sesungguhya manusia tersangat lalai yang hanya melihat fenomena alam sebagai satu bencana tanpa mahu menerima ianya sebahagian dari bala atau peringatan dari Allah Ta’ala.

Tersebut itu adalah di antara pokok utama pemikiran Allayarham TG yang hendak di ketengahkan kepada masyarakat. Usaha murni ini pastinya belum selesai, tetapi insya-Allah ianya pasti akan diteruskan oleh generasi pelapis dan pewaris nabi yang akan datang silih berganti hinggalah umur dunia sampai ke penghujungnya. Pasti ramai lagi pengganti Allahyarham di luar sana, yang sedia mengambil alih tempat menunaikan tanggugjawab yang maha agung ini.SEKIAN//

Selasa, 29 Julai 2008

Kisah Benar - Pakai Tudung

|

"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hatiAnnisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??Isteri jiranku:

Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...Annisa: apakah hakikat tudung ?Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..Subhanallah ...Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallahsaya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
dipetik dari : http://www.surau.ladang.net/

RENUNG-RENUNGKANLAH

|

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabilamasyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negaramenjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadihormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabilatempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mulamengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadijahat.Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak matilambat.Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerlaminyak gamat.Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.Semua nak tunjuk kuat.Bila berjudi, percaya unsur kurafat.Tapi hidup pula yang melarat.Tali kasut dah tak berikat.Rambut pun jarang sikat.Yang perempuan, pakai mini sekerat.Suka pakai baju ketat.Suka sangat menunjukkan pusat.Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.Duduk jauh berkirim surat ..Bila berjumpa, tangan berjabat.Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.Usah peduli agama dan adat.Usah takut Allah dan malaikat.Yang penting apa kita nak buat?Kita 'bukti' lah kita buat.Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup sifat.Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.Habis manusia telah tersesat.Inilah dia fenomena masyarakat.Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,Marilah kita pakat mengingat,Bahawa dunia hari ini makin singkat,Esok atau lusa mungkin kiamat,Sampai masa kita semua akan berangkat! .Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.Masa tu, sindri mau ingat.Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?Harta benda anta, dari mana anta dapat...?Ilmu anta, adakah anta manafaat...?Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segerameninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dansahabat handai kita agar masyarakatkita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segiduniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!Allahhuakbar! )