Memaparkan catatan dengan label Ceramah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceramah. Papar semua catatan

Khamis, 17 Februari 2011

MAT SABU DI DUN SELINSING

|

Malam tadi telah berlangsung satu program ceramah di PUPIS Selinsing.Penceramah jemputan adalah Mat Sabu yang merupakan AJK PAS Pusat.YB Ramli sebagai YDP memberi ucapan aluan.

Kemudin Pengerusi DHPP Perak,Encik Beh Heng Kin mengambil alih tempat YB Ramli.Ucapan Ah Beh menarik minat ramai penonton dengan fakta-akta serta diakhiri dengan pantun.



Walaupun masih belum sembuh sepenuhnya setelah terlibat dalam kemalangan bulan lalu,namun itu tidak mematahkan semangat Ustaz Misbahul Munir untuk menyampaikan ceramah beliau.





Sebelum Mat Sabu berceramah beliau telah diminta untuk memotong riben sebagai simbolik kepada pelancaran kutipan derma SEORANG RM2 yang bertujuan untuk mengutip dana untuk membeli rumah untuk dijadikan Pasti Imtiyaz Bagan Serai.








Segalanya berjalan lancar..Ribuan hadirin datang dari pelosok daerah.

Rabu, 16 Februari 2011

YB RAMLI DI PERMATANG PAUH

|

Malam tadi YB Ramli telah memenuhi jemputan DPP Kawasan Permatang Pauh untuk berkuliah dan juga berceramah di Kampung Sama Gagah,Permatang Pauh.Kuliah diadakan di Masjid Al Qadri,Kampung Sama Gagah.Kuliah adalah berkisarkan sambutan Maulidur Rasul.

Selepas solat Isya' program ceramah di mulakan.Ucapan aluan oleh tuan rumah dan diikoti oleh ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kawasan iaitu Ustaz Zakaria Hamzah.



Sebagai penceramah jemputan YB Ramli memulakan dahulu ceramah beliau dan diikuti oleh YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki(Timbalan Speaker DUN Kedah).


Selasa, 25 Mei 2010

USTAZ MISBAH DI SEMANGGOL

|

Isnin, 10 Mei 2010

DARI GAZA KE SEMANGGOL

|

Semalam Ustaz Noradli Musa(YDP Ipoh Barat) telah berceramah di markas PAS Jalan Kubu Gajah,Semanggol.Ceramah beliau kali ini banyak menceritakan perihal-perihal yang berlaku di Gaza dan juga meyentuh sedikit isu-isu semasa yang berlaku di negara kita.Turut hadir adalah Ketua DPPN,Ustaz Zawawi.

Jumaat, 9 April 2010

MP POKOK SENA BERCERAMAH DI SEMANGGOL

|

Malam tadi,telah diadakan satu ceramah isu-isu politik semasa yang bertempat di markas Pas Jalan Kubu Gajah,Semanggol.Penceramah jemputan adalah YB Yunus Jamhari(Kuala Kurau) dan juga YB Dato' Haji Mahfuz Omar(MP Pokok Sena).Pengerusi majlis pada malam ini Ustaz Akmal Kamarudin merangkap Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri.Turut hadir adalah YB Hj Husin,Encik Beh Heng Kin(Pengerusi Kelab Penyokong PAS Bagan Serai),Ustaz Sabri B Sabran(Nain YDP Kawasan Bagan Serai) serta Hj Yusof B Hj Zainon selaku Ketua Cawangan.