

Sementara itu, pada 3hb Mei 2009 pula,keputusan mesyuarat Agong, menyaksikan pengekalan kerusi YDP dan TYDP. Pada majlis tersebut Yang Berhormat Haji Ramli bin Tusin dan Yang Berhormat Haji Husin bin Din masih mendapat kepercayaan memegang jawatan sebagai YDP dan TYDP PAS kawasan Bagan Serai. Namun begitu, bagi kerusi NYDP, Setiausaha dan Bendahari menampilkan muka-muka baru. Ustaz Sabri bin Haji Sabran telah dipilih sebagai NYDP, Saudara Abdul Hamid bin Md. Isa selaku Setiausaha dan Tuan Haji Abdul Talib bin Ismail selaku Bendahari PAS kawasan. Masing-masing menggantikan Ustaz Rahmat bin Husin (NYDP) Haji Harun bin Abu Hasan (Setiausaha) dan Haji Sulaiman bin Zain (Bendahari) yang memohon untuk mengundurkan diri setelah lama berkhidmat untuk PAS kawasan Bagan Serai. Akan tetapi, mereka masih lagi disenaraikan sebagai AJK kerja PAS kawasan Bagan Serai bagi membantu menyumbang idea-idea bagi memantapkan lagi kekuatan PAS kawasan Bagan Serai. Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang berlangsung dalam keadaan tenang dan selesa. Lebih 300 perwakilan dan pemerhati telah hadir awal bagi mengikuti perjalanan mesyuarat Agong tersebut sehingga amat.

Bagi saf pimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai pula, menyaksikan Ustaz Mohd Zawawi bin Abu Hasan mengekalkan kerusi Ketua Pemuda manakala Ustaz Idris bin Ismail selaku Timbalan Ketua DPPK Bagan Serai. Hal yang sama juga berlaku dalam saf kepimpinan Muslimat PAS kawasan Bagan Serai apabila kerusi Ketua, Timbalan dan Naib ketua Muslimat tidak dipertandingkan yang menyaksikan Puan Hajjah Rohaya binti Abu Bakar, Puan Hindon binti Othman dan Puan Mokminah binti Tarmiji mengekalkan kerusi-kerusi tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan