Ingress Technologies Sdn.Bhd merupakan pembuat komponen kenderaan untuk Proton,Perodua dan Naza ingin mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
1-Juruteknik -Tool & Die dan Operation engineering
-kelayakan minimum sijil mekanikal atau yang setaraf dengannya
-pengalaman bekerja amat diutamakan
2-Operator - Pengeluaran,Stor dan QAQC
- kelayakan minimun SPM
- Pengalaman tidak diutamakan.
Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari
Tempat : Pejabat ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing
Sila bawa bersama salinan sijil-sijil,kad pengenalan dan gambar ( tidak dikembalikan).
keterangan lanjut sila hubungi 05-7214586.
Terima kasih.
Jumaat, 22 Mei 2009
Selasa, 19 Mei 2009
Komen Anda..
Assalamualaikum,
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan pandangan dan kritikan terhadap saya terutamanya 'tanpa nama' yang banyak memberi komen yang bernas.Jutaan terima kasih saya ucapkan.
Saya juga amat berharap agar 'tanpa nama' dan sesiapa yang mempunyai idea yang bernas dapat tampil kehadapan supaya kita dapat membincangkan dengan lebih mendalam segala permasalahan yang diajukan demi kebaikan masyarakat setempat.Jika anda menghadapi masalah sila tinggalkan no telefon anda atau terus menyampaikan apa jua masalah yang anda hadapi di dalam blog ini.Insyaallah saya akan cuba meneliti dan cuba mengatasi masalah anda dalam kadar segera....
Saya amat berharap dengan cara ini golongan muda yang cerdik IT dapat menyampaikan masalah meraka dengan lebih cepat dan ianya juga dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan saya.
Saya dan rakan-rakan akan terus berusaha sedaya upaya kami untuk memberi perkhidmatan yang baik untuk penduduk-penduduk ADUN Gunung Semanggol.
Sekian.Terima Kasih
Yang Berkhidmat
Tuan Haji Ramli Bin Tusin

Ahad, 10 Mei 2009
Mesyuarat Agong PAS kawasan Bagan Serai kali ke 54

Sementara itu, pada 3hb Mei 2009 pula,keputusan mesyuarat Agong, menyaksikan pengekalan kerusi YDP dan TYDP. Pada majlis tersebut Yang Berhormat Haji Ramli bin Tusin dan Yang Berhormat Haji Husin bin Din masih mendapat kepercayaan memegang jawatan sebagai YDP dan TYDP PAS kawasan Bagan Serai. Namun begitu, bagi kerusi NYDP, Setiausaha dan Bendahari menampilkan muka-muka baru. Ustaz Sabri bin Haji Sabran telah dipilih sebagai NYDP, Saudara Abdul Hamid bin Md. Isa selaku Setiausaha dan Tuan Haji Abdul Talib bin Ismail selaku Bendahari PAS kawasan. Masing-masing menggantikan Ustaz Rahmat bin Husin (NYDP) Haji Harun bin Abu Hasan (Setiausaha) dan Haji Sulaiman bin Zain (Bendahari) yang memohon untuk mengundurkan diri setelah lama berkhidmat untuk PAS kawasan Bagan Serai. Akan tetapi, mereka masih lagi disenaraikan sebagai AJK kerja PAS kawasan Bagan Serai bagi membantu menyumbang idea-idea bagi memantapkan lagi kekuatan PAS kawasan Bagan Serai. Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang berlangsung dalam keadaan tenang dan selesa. Lebih 300 perwakilan dan pemerhati telah hadir awal bagi mengikuti perjalanan mesyuarat Agong tersebut sehingga amat.

Bagi saf pimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan Serai pula, menyaksikan Ustaz Mohd Zawawi bin Abu Hasan mengekalkan kerusi Ketua Pemuda manakala Ustaz Idris bin Ismail selaku Timbalan Ketua DPPK Bagan Serai. Hal yang sama juga berlaku dalam saf kepimpinan Muslimat PAS kawasan Bagan Serai apabila kerusi Ketua, Timbalan dan Naib ketua Muslimat tidak dipertandingkan yang menyaksikan Puan Hajjah Rohaya binti Abu Bakar, Puan Hindon binti Othman dan Puan Mokminah binti Tarmiji mengekalkan kerusi-kerusi tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)