Majlis penyerahan sumbangan ini telah diadakan di dua tempat iaitu di Masjid Daerah Bagan Serai bagi kawasan Alor Setanggok dan Sungai Bogak dan satu lagi di Dewan Orang Ramai Alor Pongsu bagi kawasan Alor Pongsu dan Bukit Merah. Kesemua mangsa atau wakil telah hadir menerima sumbangan tersebut.
Dalam ucapan ringkas YB Adun G. Semanggol, beliau mengingatkan kepada semua mangsa agar bersabar menghadapi ujian ini dan menekankan bahawa setiap musibah ada hikmahnya. Berusahalah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan jangan lalai dari mengerjakan segala suruhanNya. Usaha-usaha dari kerajaan negeri sedang dibuat bagi mengatasi masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIPK dan Baitulmal yang sudi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir khususnya di daerah Kerian ini.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Penghulu mukim Beriah.Moga Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang melimpah dan diberkati kepada Kerajaan negeri Perak…..
0 ulasan:
Catat Ulasan