Rabu, 23 Mac 2011

MELAWAT KAWASAN BANJIR 2 (BERSAMA PJ PAS PERAK)

|

Pagi ini sekali YB Ramli melawat ketiga-tiga pusat penempatan banjir.Tempat pertama adalah di SK Haji Dahalan,Tebuk Matau.YB Ramli sempat beramah mesra dengan mangsa banjir dan sebelum bergerak menuju ke lokasi lain,YB Ramli meninggalkan sedikit buah tangan untuk mereka.





 Kelihatan jalan-jalan dan rumah-rumah masih dalam digenangi air.Hujan tetap turun bila tiba lewat tengahari.YB ramli tiba pula di kawasan Alor Ponhsu dimana terdapat satu lagi pusat pemindahan banjir.Di sini merupakan bilik gerakan utama.Pasukan bomba dan RELA ditugaskan untuk standby di sini dan akan dihubungi apabila khidmat mereka diperlukan.





 YB Ramli mendapat satu khabar gembira iaitu PJ PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Hussin bersama-sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak,Ustaz Misbahul Munir telah meluangkan masa untuk melihat sendiri kawasan dan penempatan banjir disamping membawa sedikit sumbangan dari PAS Negeri Perak.Sebelum memulakan sesi lawatan,sedikit taklimat ringkas telah disampaikan oleh saudara Fadli Aziz.






 Rombongan ini bertolak ke SK Bukit Merah sebagai tempat lawatan pertama.Sumbangan disampaikan kepada En Mohd Nor.





 Lokasi kedua adalah di SK Haji Dahalan,Tebuk Matau.Dan lokasi terakhir adalah di SK Alor Pongsu.






Program lawatan ini tamat jam 6 petang.Rata-rata mangsa mengucapakan terima kasih kepada rombongan dan mereka redha dengan ujian dari Allah SWT.

Selasa, 22 Mac 2011

MELAWAT KAWASAN BANJIR

|

Hujan yang lebat sejak kebelakangan ini telah mengundang satu dugaan Allah kepada penduduk di beberapa tempat di sekitar DUN Semanggol.Antara tempat-tempat yg dinaiki air adalah di sekitar Padang Lalang,Batu 38,Batu 40 dan beberapa tempat yang lain.Pagi tadi YB Ramli telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat tersebut.Menurut beberapa penduduk,antara punca berlakunya musibah ini selain dari faktor hujan yang lebat berhari-hari,sistem saliran air yang kurang baik turut dijadikan alasan.Selain itu projek landasan berkembar juga turut menyumbang kepada permasalahan ini.Jalan-jalan yang dinaiktaraf untuk projek ini telah menyekat perjalanan air.




YB turut melawat ke tempat penempatan banjir di Sek Ren Bukit Merah untuk melihat keadaan mereka dan bertanya khabar.Malam tadi YB sempat menghulurkan sumbangan berupa beras untuk kegunaan mereka.Setakat petang tadi jumlah penduduk yang dipindahkan telah hampir mencapai angka 100 orang.























Berita yang baru diterima ketika posting ini dibuat,air telah naik ke kawasan Alor Pongsu dan penempatan banjir telah dibuka di sana dan juga dikhabarkan banjir telah berlaku di kawasan Tebuk Haji Dahalan di mana esok hari YB Ramli kan turun ke tempat-tempat tersebut.