Selasa, 15 Februari 2011

FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL

|

Di Maahad Al Akhlak Al Islamiah,Jalan Banjar,Masjid Tinggi semalam telah diadakan satu forum sempena sambutan Maulidur Rasul.Ahli panel terdiri daripada seorang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin(pensyarah USM dan mantan Mufti Perlis),Prof Madya Dr Fadhullah Jamil(pensyarah dan pendakwah) dan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz sebagai moderator.Tajuk forum ini adalah REFORMASI KEILMUAN DALAM MEMBINA GENERASI ULUL ALBAB:SATU ILTIZAM.Program ini juga bersempena dengan majis Ihtifal kali pertama maahad ini.Pengerusi majlis adalah Ustaz Azhar selaku naib pengerusi maahad dan ucapan aluan disampaikan oleh pengerusi maahad ini iaitu Haji Jamaludin As Shaari.



















Turut hadir dalamprogram ini adalah YB Hj Husin dan juga satu kejutan atas kedatangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai iaitu saudara Shaharudin@Din Protokol.Diharap dari majlis ini beliau sedikit sebanyak mendapat manfaat.Jangankah datang untuk mencari agenda atau tujuan lain memandangkan pilihanraya sudah hampir..Wallahu'alam..

Isnin, 14 Februari 2011

YB RAMLI LAWAT 3 KEMATIAN DI BAGAN SERAI

|

Semalam YB Ramli diiriingi oleh En Beh Heng Kin telah meluangkan masa melawat 3 kematian orang bukan Islam di kawasan Bagan Serai.Dua kematian adalah di belakang Masjid Jamek Bagan Serai.Kedua-dua mendiang meninggal akibat sakit tua.





Seterusnya YB Ramli melawat oula ke rumah mendiang George Louis a/l Ayavoo yang meninggal akibat kanser.George meruapakn ahli DAP Bagan Serai.

Sabtu, 12 Februari 2011

MARKAS PAS CAWANGAN BUKIT MERAH

|

YB Ramli pagi tadi meluangkan masa melawat kerja-kerja pembinaan Markas PAS Cawangan Bukit Merah.Markas ini didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah.Bahan-bahan binaan adalah dari hasil sumbangn orang ramai.








Khamis, 10 Februari 2011

RASMI MESYUARAT AGUNG TANAH KEBUN

|

Semalam,YB Ramli telah memenuhi jemputan untuk merasmikan mesyuarat agung kali pertama bagi cawangan Tanah Kebun.Cawangan ini merupakan cawangan baru di bawah PAS kawasan Bagan Serai.Mesyuarat ini diadakan di rumah Haji Ahmad B Shafiee.