Isnin, 14 November 2011

JALAN YANG MEMBAHAYAKAN PENGGUNA

|

YB Ramli meluangkan masa meninjau keadaan jalan di taliair besar Bagan Serai yang menghubungkan antara Pasar Bagan Serai dan Jalan Matang Buluh.Pihak terlibat diharap melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini.Laluan ini merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pasar dan ke sekolah.




PENDUDUK MENGELUH JALAN ROSAK

|

Abdul Rashid B Masrom,46,menunjukkan keadaan jalan Parit Haji Taib 1 dan di kampung Sungai Putat yang semakin hari semakin rosak..Surat aduan dan permohonan telah dihantar ke pihak terlibat termasuklah JKR,JPS dan juga IADA(Kerian-Sungai Manik)..Peruntukan sebanyak RM65000 telah diluluskan untuk membaikpulih jalan ini namun sehingga sekarang masih belum ada sebarang tanda-tanda jalan ini akan dibaiki.Jalan yang rosak ini berselang-selang di dalam laluan sepanjang 3 kilometer.




Abdul Rashid berharap projek baikpulih ini dipercepatkan dan janganlah dijadikan sebagai 'gula-gula pilihanraya' memandangkan gendang pilihanraya sudah berbunyi sejak akhir-akhir ini.

Selasa, 8 November 2011

|

Semalam telah berlangsung dengan jayanya satu ceramah yang diadakan di Markas PAS Cawangan Parit Haji Taib 2..Penceramah jemputan adalah Haji Razman yang merupakan Timb PJ PAS Perak..Isi penting ceramah adalah untuk memyebarkan borang Pembatalan Felda Plantations yang ternyata banyak menipu peneroka.Turut hadir adalah Encik Beh Heng Kin(DHPP) dan SU beliau Encik Nalee.Tururt berucap adalah Ustaz Zawawi Haji Hassan(KP PAS Perak).















Ahad, 6 November 2011

AKTIVITI YB RAMLI SEMPENA AIDILADHA

|

Selain menjadi wakil rakyat dan naib kadi,YB Ramli juga berpengalaman sebagai seorang penyembelih binatang.Di musim sambutan Aidiladha ini,sesetengah penduduk di dalam DUN Semanggol meminta YB Ramli untuk menyembelih lembu,kerbau ataupun kambing mereka untuk disedekahkan kepada orang lain..

Di bawah ini adalah gambar YB menyembelih lembu dan kerbau pada hari ini..










Rabu, 2 November 2011

ZIARAH KEMATIAN DI BAGAN SERAI

|

 Bagan Serai  01.11.11;  YB Ramli sempat menziarahi mendiang Tan Ai Guet di Taman Mewah, Bagan Serai. YB sempat mengucapkan takziah kepada suami mendiang dan kepada keluarga beliau diminta bersabar.
YB bertanyakan sesuatu kepada adik mendiang

turut sama menziarahi keluarga mendiang adalah En. Beh Heng Kin 

YB Bersama anak mendiang Tan Ai Guek