Ahad, 6 November 2011

AKTIVITI YB RAMLI SEMPENA AIDILADHA

|

Selain menjadi wakil rakyat dan naib kadi,YB Ramli juga berpengalaman sebagai seorang penyembelih binatang.Di musim sambutan Aidiladha ini,sesetengah penduduk di dalam DUN Semanggol meminta YB Ramli untuk menyembelih lembu,kerbau ataupun kambing mereka untuk disedekahkan kepada orang lain..

Di bawah ini adalah gambar YB menyembelih lembu dan kerbau pada hari ini..










Rabu, 2 November 2011

ZIARAH KEMATIAN DI BAGAN SERAI

|

 Bagan Serai  01.11.11;  YB Ramli sempat menziarahi mendiang Tan Ai Guet di Taman Mewah, Bagan Serai. YB sempat mengucapkan takziah kepada suami mendiang dan kepada keluarga beliau diminta bersabar.
YB bertanyakan sesuatu kepada adik mendiang

turut sama menziarahi keluarga mendiang adalah En. Beh Heng Kin 

YB Bersama anak mendiang Tan Ai Guek

Sabtu, 15 Oktober 2011

MAK AYAH YANG KECEWA

|

Tidak ada yang dapat menggambarkan kegembiraan hati ibu bapa apabila melihat anak mereka menerima sijil tamat pembelajaran di atas pentas dalam satu majlis yang serba serbi hebat..Apatah lagi penyampaian sijil disampaikan oleh orang-orang kenamaan..
Jumli B Abas,50


Namun semua kegembiraan itu berkecai apabila anak mereka diabaikan dari menyertai majlis konvokeyen UNISEL pada 15-17 Oktober 2011di Dewan Utama UNISEL Bestari Jaya,Selangor..


Bapa kepada remaja berkenaan iaitu Jumli B Abas,50,seorang pesara tentera berasa amat kecewa terhadap apa yang menimpa anaknya Muhamad Faiz B Jumli,22..Ini berikutan kecuaian yang disebabkan oleh pentadbiran UNISEL yang melewatkan penghantaran surat penyertaan anaknya ke majlis konvokesyen di IPTS tersebut..


Sampai dirumah pada 14hb Okt 2011
Bukti kelewatan ialah tarikh surat penyertaan konvokesyen tersebut adalah pada 8hb Ogos 2011 tetapi surat itu dihantar ke rumah pada 11hb Oktober 2011 dan sampai pada 14hb Oktober 2011..Persoalannya mengapa sampai 2 bulan lamanya proses untuk penghantaran surat tersebut ke rumah??


Surat penyertaan bertarikh 8hb Ogos 2011
Tarikh penerimaan surat yang terlalu lewat menyebabkan mereka jadi kelam kabut kerana tiada sebarang persediaan yang dibuat..Apabila Encik Jumli menelefon ke pihak UNISEL untuk mendapatkan kepastian jika terdapat sebarang keraguan ataupun masalah berkaitan pembelajaran anaknya yang menidakkan anaknya itu dari menyertai konvkesyen,pihak mereka(UNISEL) menafikannya dan menyatakan bahawa nama anak mereka itu memang ada dalam senarai untuk menerima sijil tamat pembelajaran..


Surat dihantar bertarikh 11hb Okt 2011
Sesungguhnya Encik Jumli amat terkilan dengan keadaan ini..Bagi beliau,masalah ini tidak patut berlaku apatah lagi melibatkan sebuah institusi swasta..Semua pihak maklum bahawa belajat di IPTS memerlukan belanja besar,namun demi anak,mereka suami isteri sanggup bekerja keras untuk memberi yang terbaik untuk anak mereka..Akan tetapi di akhirnya ini pula yang berlaku..Pihak UNISEL tidak mengambil berat perkara yang remeh sebegini..


Encik Jumli berharap pihak UNISEL dapat memohon maaf secara terbuka mengenai hal ini kerana mereka malu apabila ada suara-suara orang yang tidak tahu menahu menuduh anak mereka itu mempunyai masalah dalam pembelajaran dan disebabkan itu dia tidak layak menerima sijil tamat pembelajaran..

Isnin, 3 Oktober 2011

BUDAK 3 TAHUN DISERANG BERUK

|

Pagi tadi YB Ramli meluangkan masa melihat keadaan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang cedera diserang beruk yang dipercayai beruk belaan jiran kanak-kanak malang tersebut..Laporan polis telah dibuat pagi ini..Kejadian ini berlaku di PPRT,Lembah Beriah,Bukit Merah..

Menurut datuk kepada kanak-kanak malang ini Rosli B Adom,45,kejadian berlaku lebih kurang seminggu yang lepas,iaitu pada 26hb September,kira-kira jam 4 petang..Beruk itu telah menyerang Nurul Iman Bt Abdullah,3 tahun ketika dia sedang bermain di halaman rumah..Beruk yang tidak ditambat itu teah menggigit di bahagian belaknag badan Nurul sehingga menyebabkan luka yang agak parah bagi seorang budak kecil.

YB Ramli berharap pihak terlibat menyiasat perkara ini dan jika perlu,ambillah tindakan kepada tuan punya beruk ini..Perkara ini tak sepatutnya berlaku lagi selepas ini.




Isnin, 26 September 2011

LAGI MASALAH YANG PERLU DISELESAIKAN

|

Aduan yang ditimbulkan kali ini datang dari kawasan Parit Haji Ali,Masjid Tinggi.Yang pertama adalah mengenai parit tali air yang terlalu semak diakibatkan oleh rumput dan teratai yang berkembang biak.Selenggaraan ini sepatutnya diambil oleh IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS.

Aduan yang kedua pula adalah mengenai jalan taliair yag berkod(taliair Haji Ali 2) yang semak dan berlubang serta tidak rata..Untuk pengetahuan pihak terlibat jalan ini juga adalah seperti jalan utama di kampung ini..Terdapat rumah penduduk ditepi  disepanjang jalan ini.Penduduk harapkan pihak terlibat samada IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS supaya mengambil berat aduan ini..Cukuplah sekadar diturap dengan batu dan pasir halus..

Aduan yang ketiga pula mengenai jalan utama di kampung ini yang berlubang..Sudah lama masalah ini berlarutan..Diharap jalan dibawah selenggaran PLB(Pembangunan Luar Bandar) dapat diperbaiki secepat mungkin..Terdapat beberapa tempat yang berlubang seperti dalam gambar di sepanjang jalan utama kampung ini.

Keempat adalah aduan yang sudah banyak kali diajukan namun masih tiada sebarang tindakan..Ia adalah mengenai tiang-tiang litar elektrik yang terpacak didalam kawasan sawah padi penduduk kampung..Boleh dikatakan tiang-tiang ini keseluruhannya berada di dalam petak sawah padi penduduk bermula dari jalan masuk sehingga ke hujung jalan..Tiang-tiang baru bagi menggantikan tiang-tiang lama ini sudah disediakan.Harap pihak TNB dapat menangani masalah ini dengan cepat kerana dengan adanya tiang-tiang ini maka ia menyukarkan jentera padi untuk mengutip padi di kawasan yang terdapatnya tiang-tiang ini.


Yang kelima adalah mengenai kerosakan jalan ladang Parit Haji Ali 2..Jika tiba musim hujan,keadaan jadi lebih berbahaya kerana jalan menjadi licin apatah lagi tidak dapat dikenalpasti samada jalan itu berlubang ataupun tidak.Jalan ini juga adalh dibawah selenggaraan IADA(Kerian-Sungai Manik) ataupun JPS.