Isnin, 9 Mei 2011

JALAN TDAK RATA

|

Nordin B Hashim
Seorang penduduk Parit Haji Taib 2,Nordin B Hashim,52,meminta pihak yang terlibat supaya respon dengan aduan ini..Terdapat beberapa lopak dan keadaan jalan tidak rata disepanjang jalan kampung ini.Jadi dia berharap pihak terlibat dapat membantu menyelesaikan masalah ini.Selain itu ketiadaan lampu jalan yang kurang mencukupi amat berbahaya kerana seringkali berlaku kemalangan akibat gelap dan bertambah bahaya kerana jalan di kampung ini tidaklah besar mana.


Kesan bergesel dengan kenderaan akibat jalan yang mendap

GOTONG ROYANG MARKAS

|

Semalam YB ramli meluangkan masa menyertai aktiviti gotong-royong membina markas PAS Cawangan di Parit Haji Taib 2











Isnin, 2 Mei 2011

BN YANG SEMAKIN TERDESAK

|


Pengerusi DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS)Perak Encik Beh Heng Kin,63 membidas kenyataan yang kononya 400 ahli di DHPP di Tapah(Dewan Himpunan Penyokong PAS) telah menyertai Barisan Nasional seperti yang dipaparkan di dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 2 Mei 2011 halaman 10.Menurut Encik Beh ahli DHPP di Tapah tidak sampai 50 orang jadi macam mana boleh ada 400 ahli pula yang masuk MIC?Ini tidak masuk akal sama sekali seperti yang diheboh-hebohkan di suratkhabar dan blog-blog pro kerajaan.Jika mereka mahu membuat satu provokasi sekalipun timbulkanlah sesuatu yang boleh diterima akal dan fakta yang benar.


Selain itu,Setiausaha DHPP Perak,Encik S Naliraja,47,turut membidas kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri satu program di Kuala Terengganu baru-baru ini.Najib di dalam ucapannya telah mengugut kaum Cina dengan menyatakan bahawa tidak akan ada wakil dari kaum tersebut untuk jawatan di peringkat kabinet pusat dan negeri jika mereka terus menyokong pembangkang(rujuk Mingguan Malaysia bertarikh 1 Mei 2011,halaman 2).

Encik Beh menunujukkan keratan akhbar Sin Chew Daily
Encik Nali menunjukkan keratan akhbar Mingguan Malaysia
Encik Beh Heng Kin dan Encik S Naliraja menyeru kepada semua orang Cina supaya jangan ambil kisah apa yang PM kata kerana masih ada parti yang sudi menerima kehadiran dan sokongan orang-orang Cina seperti DAP,PKR dan DHPP(PAS).Turut dialu-alukan juga kepada semua kaum India yang ingin menyertai Pakatan Rakyat.

Terbukti Najib sudah terdesak apabila beliau sanggup mengugut orang-orang Cina.Mungkin kenyataan beliau begitu disebabkan oleh kekalahan SUPP(parti Cina) yang juga merupakan parti komponen Barisan Nasional di dalam PRN Sarawak yang lepas.Di dalam PRN itu,majoriti pengundi orang-orang Cina telah menyebelahi DAP.

Turut sama hadir dalam majlis ini adalah YB Ramli Tusin(Adun Semanggol),YB Husin Din(Adun Selinsing) dan Encik Md Nasib B Rahin(Ketua PKR Cabang Bagan Serai).

Jumaat, 1 April 2011

BAHAYA YANG MENANTI PENDUDUK BATU 7

|

YB Ramli turun ke kawasan Kampung Batu 7,Jalan Kerian setelah menerima satu aduan mengenai jalan yang rosak akibat mendapan.Setelah dilihat sendidi oleh YB Ramli,rupanya palong air di bawah laluan utama ini telah pecah.Ianya mungkin disebabkan oleh air sungai yang telah menghentam kuat palong ini terutamanya jika hujan turun dengan lebat.

YB Ramli menunjukkan tebing jalan yang runtuh
Palong yang pecah
Jalan kampung batu 7
Jika tidak diselenggara segera kemungkinan berlaku runtuhan tanah dan seterusnya mengakibatkan jalan ini rosak.Maka terputuslah hubungan penduduk di sini dengan jalan besar.Pihak terlibat sila pantau dan selesaikan dengan segera.

APABILA KEMAJUAN TERLALU DIUTAMAKAN

|

Permasalahan kali ini berlaku di kawasan Kampung Ulu Sepetang,Jalan Selama.Kawasan ini juga adalah di bawah seliaan YB Ramli kerana ia terletak di bawah DUN Semanggol.Penduduk yang meibatkan hampir 15 buah rumah merungut bila tiba musim hujan.Ini adalah kerana banjir yang kerap berlaku yang disebabkan oleh beberapa faktor.Menurut seorang penduduk di sini Zulkifli B Nordin,65.dahulu keadaan di kampung ini tidak seperti sekarang.Jika hujan lebat yang berpanjangan pun kawasan ini tidak pernah ditenggelami air.Hingga pernah satu ketika iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri,mereka terpaksa beraya di dalam rumah sahajakerana air pernah naik setinggi hampir 1 meter di dalam rumah.






 Menurut seorang lagi penduduk yang ditemui di sini,Timinah Bt Yusof,61,permasalahan ini adalah disebabkan oleh projek landasan berkembar yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.Tambakan tanah untuk landasan itu hampir setinggi bumbung rumah mereka.Jadi bila hujan turun dengan lebat,air sungai yang yang datang dari hilir telah tersekat kerana palong yang dibina dibawah tambakan tanah landasan tersebut terlalu kecil untuk menampung kuantiti air sungai yang mengalir.Projek itu diselenggara oleh Gamuda MMC Sdn Bhd.Selain faktor projek tersebut,sungai yang semakin sempit akibat tidak diselenggara juga menyumbang kepada masalah banjir ini.

Zaini B Mohd Zainon,40 menunjukkan keadan sungai yang sempit
Perabot yang rosak akibat banjir yang berlaku
Seorang penduduk menunjukkan bekas paras banjir yang berlaku baru-baru ini.
YB Ramli berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.Lebih bagus jika semua pihak yang terlibat dapat duduk semeja dan berbincang.Kita tahu kemajuan itu tidak salah kerana ia untuk kebaikan semua.Namun,jika kemajuan menyebabkan sesetengah pihak terpaksa berdepan dengan risiko,ini patut dielakkan.PIhak jabatan yang turut terlibat harap dapat sama-sama membantu penduduk di sini.