Selasa, 29 Jun 2010
CERAMAH HAL-HAL SEMASA DI SIMPANG,TAIPING
Semalam di Taman Damai,Simpang satu program ceramah telah diadakan.Ceramah ini dianjurkan oleh PAS kawsan Bukit Gantang bersama-sama dengan DPP Perak.Isi-isi ceramah adalah mengenai hal-hal semasa termasuklah lesen judi bola yang telah ditarik oleh kerajaan juga mengenai perihal 40 orang ulama yang telah menyertai UMNO.Penceramah jemputan khas adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(Presiden PAS).
















Ahad, 27 Jun 2010
MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
Selesai sudah majlis makan malam amal sebentar tadi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Bagan Serai yang diadakan di Dewan Haji Wahab Nor,Masjid Tinggi.DS Nizar merupakan tetamu kehormat untuk majlis ini.



Turut hadir adalah Encik Richard Wong(Timbalan DHPP Perak),Encik Beh Heng Kin(Naib DHPP Perak) bersama-sama dengan ahli DHPP Perak.



Acara cabutan bertuah turut diadakan selain pemberian anugerah kepada bekas-bekas Ketua Pemuda PAS Bagan Serai.







Selasa, 22 Jun 2010
MENCURAH AIR KE DAUN KELADI....
LAWATAN DARI IADA(KEMASIN-SEMERAK),KELANTAN
INSTITUT LATIHAN PILIHANRAYA PAS(ILPAS)
20hb Jun yang lepas satu gerakerja pilihanraya yang baru telah dilancarkan di Dewan Dato' Abdul Hamid,Batangkali,Selangor.Program ini dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang,Presiden PAS.Program yang diberi nama ILPAS ini bertujuan antara lain adalah untuk memantapkan jentera pilihanraya di setiap kawasan hinggalah ke peringkat negeri.Antara yang terlibat di dalam ILPAS ini adalah individu-individu yang menjawat jawatan sebagai Ketua MTD(Majlis Tindakan DUN),Pengarah JPK(Jentera Pilihanraya Kawasan) serta beberapa lagi yang terlibat dengan jentera pilihanraya.














Pengarah ILPAS adalah YB Abdul Wahid Endut yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan JPP merangkap MP Kuala Terengganu.Untuk peringkat permulaan 4 modul utama ILPAS telah diserahkan oleh Tuan Guru kepada pengarah pilihanraya bagi setiap negeri.
Langgan:
Catatan (Atom)