Selasa, 24 Mei 2011

MINTA DISELESAIKAN MASALAH INI

|

Muslan B Mohd Napiah,35 menggesa supaya pihak yang berkenaan dapat membaiki keadaan jalan Parit Haji Ali yang rosak ini..Menurut beliau,jalan ini merupakan jalan utama di dalam kawasan ini yang menghubungkan antara Parit Haji Ali 1 dan 2 yang dipisahlkan oleh sebuah jambatan.Amat berbahaya keadaan ini kepada kenderaan yang mengunakan jalan ini kerana ia terletak di selekoh jalan utama ini.

 

Selain itu saudara Muslan turut mengadu mengenai keadaan longkang yang terlalu semak sehinga tidak dapat dilihat.Longkang yang terdapat di sepanjang terusan besar Bagan Serai ini perlu dicuci kerana ia amat berbahaya kepada kenderan apa lagi di waktu malam.Telah banyak kali berlaku kemalangan kecil seperti motosikal dan kereta yang telah terbabas masuk ke longkang ini.



Diharap aduannini diambil berat oleh pihak sperti IADA,JPS dan lain-lain jabatan kerajaan.

0 ulasan: