Isnin, 14 Mac 2011

EXECUTIVE TALK BERSAMA MUFTI PERAK DAN MUFTI KEDAH

|

Pagi tadi bertempat di Dewan Parit Buntar Inn telah berlangsung dengan jayanya satu program "Executive Talk" di mana ahli panelnya adalah Tan Sri Dato Seri Harussani B Hj Zakaria(Mufti Perak) dan juga Dato Sheikh Muhamad Baderuddin B Hj Ahmad(Mufti Kedah).Doa dibaca oleh Pegawai Tadbir Agama PArit Buntar iaitu Ustaz Firdaus dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengarah JAIP iaitu Haji Yusuf Hussin.

Antara tetamu yang hadir adalah Toh Muda Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota,Tuan Haji Meor Redwan B Mahayuddin(OBJ Kerian),Ketua-ketua jabatan,penghulu -penghulu dan ketua kampung.






Slot pertama yang bertajuk "Aliran Dan Ajaran Yang Mengancam Aqidah Umat Islam" dikupas oleh Mufti Perak.Manakala slot kedua yang bertajuk "Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah:Satu Penelitian" yang disampaikan oleh Mufti Kedah.

0 ulasan: