Jumaat, 25 Februari 2011

PERHATIAN..DANA DIPERLUKAN!!!

|

Baru-baru ini Tuan Haji Mohamad Sabu telah melancarkan "Kempen Seorang Dua Ringgit" bagi mengumpul dana untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan PASTI di Taman Serai Permai,Bagan Serai.Sekarang PASTI ini menyewa sebuah rumah sebagai bangunan sementara.AJK PASTI ini telah bersepakat untuk membeli sebuah rumah di lokasi yang berdekatan dengan bangunan PASTI sekarang.Dana yang dipelukan adalah sebanyak RM120 ribu.

Rumah yang telah dibida ini beralamat No 2,Lorong 10,Taman Serai Permai,34400 Bagan Serai,Perak.Saya berpendapat PASTI ini adalah tempat dimana anak-anak kecil yang berusia 4 hingga 6 tahun boleh mendapat asas ilmu agama yang bermanfaat sesuai dengan umur mereka.Antara objektif PASTI adalah:
  1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
  2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
  3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
  4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
  5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

Diharap individu-individu ataupun mana-mana badan bukan kerajaan,sekiranya ingin menderma atau menginfaq untuk PASTI ini bolehlah ditujukan kepada maklumat di bawah.


0 ulasan: