Selasa, 15 Februari 2011

FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL

|

Di Maahad Al Akhlak Al Islamiah,Jalan Banjar,Masjid Tinggi semalam telah diadakan satu forum sempena sambutan Maulidur Rasul.Ahli panel terdiri daripada seorang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin(pensyarah USM dan mantan Mufti Perlis),Prof Madya Dr Fadhullah Jamil(pensyarah dan pendakwah) dan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz sebagai moderator.Tajuk forum ini adalah REFORMASI KEILMUAN DALAM MEMBINA GENERASI ULUL ALBAB:SATU ILTIZAM.Program ini juga bersempena dengan majis Ihtifal kali pertama maahad ini.Pengerusi majlis adalah Ustaz Azhar selaku naib pengerusi maahad dan ucapan aluan disampaikan oleh pengerusi maahad ini iaitu Haji Jamaludin As Shaari.



















Turut hadir dalamprogram ini adalah YB Hj Husin dan juga satu kejutan atas kedatangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai iaitu saudara Shaharudin@Din Protokol.Diharap dari majlis ini beliau sedikit sebanyak mendapat manfaat.Jangankah datang untuk mencari agenda atau tujuan lain memandangkan pilihanraya sudah hampir..Wallahu'alam..

0 ulasan: