Isnin, 10 Januari 2011

YANA SUDAH PULANG

|

Alhamdulillah..Intan Liana Bt Abu Bakar,15,telah selamat pulang ke rumah petang semalam.Yana,panggilan mesra keluarganya dilaporkan hilang sejak Isnin minggu lepas.Dan semalam Yana diambil keluarganya di Stesen Bas Taiping kira-kira pada jam 12 tengahari selepas Yana menelefon mereka supaya berbuat demkian.
Menurut Yana,sejak ketiadaannya dia telah menetap di rumah keluarga angkatnya di Pantai Remis.Namun begitu,keluarganya masih belum berpuas hati dengan penjelasannya kerana mereka tidak mengenali keluarga angkat tersebut.Tetapi,apa pun keluarganya bersyukur Yana selamat pulang dan dalam keadaan sihat walafiat.
Pagi tadi,YB Ramli dan isteri melawat Yana dan keluarganya di rumahnya di Parit Haji Taib 3.YB Ramli memberi kata-kata nasihat dan perangsang kepada Yana.Ini merupakan lawatan kedua YB Ramli dan isteri ke rumah Yana.

0 ulasan: