Rabu, 5 Januari 2011

UCAPAN TERIMA KASIH UNTUK PIHAK YANG TERLIBAT

|

Pagi tadi YB Ramli bersama saudara Abdul Rashid B Masrom melawat titi yang dahulunya usang kini telah berubah wajah.Laluan ini merupakan laluan untuk pesawah membuat kerja seharian di sawah padi mereka.S
Sebelum ini keadaan titi ini amat uzur dan kini hasil dari kerjasama pihak IADA(Kerian-Sungai Manik) titi ini telah diperbaiki dan jalan disepanjangnya turut diturap.Selepas itu YB Ramli melawat pula aktiviti penambahbaikkan ban di tepi Sungai Gedung yang diselia oleh pihak JPS Kerian.
YB Ramli mewakili penduduk Parit Haji Taib 1 dan Kampung Alor Kubu mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang ditunjukkan oleh IADA(Kerian-Sungai Manik) dan juga JPS Kerian.Diharapkan kerjasama ini akan terus berjalan demi manfaat untuk semua terutamanya bagi penduduk di sini.Ini bukti rakyat didahulukan.Terima kasih banyak-banyak.

0 ulasan: