Isnin, 17 Januari 2011

TAKLIMAT PERTANIAN

|

Kampung Tua, Semanggol; 15 Jan 2011. Satu taklimat penggunaan racun makhluk perosak untuk tanaman padi telah di anjurkan oleh PAS Cawangan Kampung Tua dengan kerjasama syarikat pengeluar racun pertanian, Sygenta dan Bayer. Program yang bermula jam 9.30 pagi itu diadakan di petak sawah sdr Mohd Nasir Sulaiman dan dihadiri oleh lebih 50 orang penduduk tempatan dan dari kampung berhampiran. En Azman bin Ahmad dari Syarikat Sygenta memulakan taklimat penggunaan racun dan diikuti oleh en Zulkifli bin Hashim dari syarikat Bayer. antara nasihat yang di berikan oleh mereka kepada petani-petani supaya menggunakan racun mengikut aturan dan sukatan yang telah ditetapkan supaya ianya tidak membahayakan petani dan dapat menjimatkan penggunaan racun. dipenghujung majlis Al-Fadhil Ustaz Mohd Sabri Hj Sabran menyampaikan sedikit tazkirah, beliau mengingatkan petani-petani, disamping usaha dan tawakall kepada Allah jangan lupa hak yang perlu dikeluarkan (zakat pertanian) kepada 8 asnaf yang dinyatakan. Sebagai penutup majlis tersebut bacaan doa selamat di bacakan oleh Ustaz Mohd Sabri Hj Sabran dan majlis penyampaian hadiah untuk peserta dan hadiah galakkan kepada anak-anak ahli PAS yang cemerlang dalam PMR lalu.




En Zulkifli Hashim menyampaikan taklimat kepada petani-petani.

YB Hj Ramli Tusin menyampaikan ucapan


Ustaz Mohd Sabri Hj Sabran menyampaikan tazkirah


antara petani-petani yang menerima hadiah dalam kuiz mengenai pertanian


Siti Fatimah Hashim menerima hamper dan sedikit wang saguhati kerana berjaya mendapat 8A dalam PMR


Azamuddin Abd Rahman menerima hamper dari YB atas kecemerlangan dalam PMR


Wakil dari syarikat Bayer menyampaikan cenderahati kepada YB Hj Ramli
adik Azamuddin bin Abd Rahman


Adik Siti Fatimah Hashim

bergambar kenangan bersama YB Hj Ramli Tusin

0 ulasan: