Selasa, 11 Januari 2011

JALAN ROSAK AKIBAT LORI BESAR KELUAR MASUK

|

Penduduk di Taman Serai Perdana,Bagan Serai mengeluh disebabkan oleh jalan di kawasan perumahan itu rosak teruk.Semuanya berpunca dari lori-lori yang yang keluar masuk dan diletakkan di bahu jalan di sepanjang taman itu.Lori-lori itu dimiliki oleh sesetengah penduduk di taman itu juga yang kebanyakannya bekerja sebagai pemandu lori.

Menurut seorang penduduk di situ Tan Mooi Heok,52,keadaan jalan yang rosak itu amat berbahaya kepada pengguna jalan itu terutamanya kepada penunggang motosikal dan basikal.Lebih berbahayaapabila tiba musim hujan.


YB Ramli berharap masalah tersebut dapat ditangani oleh pihak berwajib.Beliau tidak mahu masalah itu berlarutan sehingga penduduk taman mengambil tindakan sendiri.

0 ulasan: