Khamis, 25 November 2010

ZIARAH KEMATIAN MENDIANG TAY KIM SENG

|

Bagan Serai , 24 November 2010-YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing, YB Tuan Haji Ramli Bin Haji Tusin , ADUN Gunong Semanggol serta rombongan telah berkesempatan meluangkan masa untuk menziarahi satu lagi kematian masyarakat kaum Cina di Jalan Jetty berhampiran dengan bangunan Pejabat Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Turut serta dalam sesi ziarah tersebut ialah Puan Hajjah Latifah Bt Salleh, isteri YB ADUN Gunong Semanggol, Puan Hajjah Rohaya Bt Bakar, Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Serai, Mr. Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai dan beberapa orang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh kaum keluarga mendiang dan juga tetamu-tetamu yang turut hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Menurut waris, mendiang meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumah beliau di Jalan Jetty akibat sakit tua pada hari Selasa lalu, 23 November 2010.Menurut waris juga pada ketika sesi lawatan, kesemua ahli keluarga terdekat telah tiba dan mendiang dijangkakan akan disemadikan di tanah perkuburan di Taiping pada hari Sabtu yang akan datang.

Dikesempatan itu juga, kedua-dua YB sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan berada di sana sekitar 30 minit.Berikut ialah beberapa gambar sekitar sesi ziarah tersebut :








1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Perjuangan PAS tanpa DAP dan PKR saja yang dapat memertabatkan Islam dan Ketuanan Melayu dinegara ini.