Khamis, 4 November 2010

TUGASAN SEBELAH PETANG MENJELANG HARI MEMBUANG UNDI

|

Pagi tadi YB Ramli terlibat dengan aktiviti menghantar risalah di Pekan Lama,manakala disebelah petang pula sekali lagi YB Ramli terlibat dengan program yang sama,kali ini di Kampung Kundur.Turut sama denagn program petang ini adalah AJK Dewan Harian PAS Perak iaitu Dr Khairuddin Dato Malek serta Ustaz Misbahul Munir.Kedatangan rombongan ini disambut oleh Penghulu mukim tersebut.
Pertama sekali diadakan satu taklimat ringkas mengenai strategi-strategi dan prosedur-prosedur ketika hari mengundi.Ketika taklimat sedang diadakan,tiba-tiba seorang yang dipercayai orang UMNO dengan sengaja dan selamba berbual telefon bersebelahan dengan tempat taklimat diadakan.Perbuatan itu dilihat seperti disengajakan untuk mencuri-curi dengar isi taklimat.Lelaki itu beredar setelah diminta berbuat demikian.
Taklimat disambung selepas itu dan tidak lama kemudian bapa kepada YB Dr Fazli iaitu Dato Hassan(bekas ADUN Temangan ) datang membuat lawatan.
Tidak lama kemudian aktiviti dijalankan disekitar perumahan di Kampung Kundur.Dipercayai tempat ini merupakan kubu kuat PAS jadi segalanya berjalan denagn lancar tanmpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Program tamat pada pukul 6 petang.

1 ulasan:

tungkaran hati berkata...

Bujurkah sambatan urang! urang PAS pintar babanar badusta? tambahan lagi bakawanan dengan Syaitan kaya Datuk Nik Aziz?
Urang Banjar kada kaito!