Jumaat, 22 Oktober 2010

HABIS HANGUS SEMUANYA......!!!!

|

YB Ramli dan isteri Ustazah Latifah berasa sedih apabila melihat keadaan rumah Ustazah Asmah Bt Mat Kahar,33,yaang hangus sepenuhnya dijilat api petang semalam.Pagi ini,kunjungan YB Ramli dan isteri disambut oleh Penolong Kanan Maahad Ar-Ridwaniah,Encik Mohd Shahidan B Darus.Menurut Ustazah Asmah,kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 245 petang semalam selepas menerima panggilan dari adiknya.Ketika itu dia baru saja sampai di tempat kerjanya iaitu di Sekolah Rendah Agama Nurul Hidayah,Bagan Serai.Punca kebakaran masih disiasat.Rumah Ustazah Asmah terletak di dalam kawasan Maahad Ar-Ridhwaniah,Telok Medan.
Sedikit sumbangan dari PAS Kawasan Bagan Serai dan juga sumbangan peribadi telah disampaikan oleh isteri YB Ramli,iaitu Ustazah Latifah kepada Ustazah Asmah.Oleh itu,YB Ramli merayu kepada pihak yang prihatin untuk membantu Ustazah Asmah sekeluarga memandangkan dia kini tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang di rumah adiknya.Tambahan pula Ustazah Asmah telah ketiadaan suami kira-kira hampir setahun yang lepas dan kini dia terpaksa menyara anaknya seramai 3 orang.Sebarang bentuk sumbangan samada wang ringgit,makanan atau pakaian amat dialu-alukan.

0 ulasan: