Isnin, 18 Oktober 2010

ANCAMAN MONYET LIAR DAPAT DIATASI

|

Abdul Rashid B Masrom,46 mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Jabatan Perhilitan yang telah memasang perangkap bagi memerangkap monyet-monyet liar yang selalu mengganggu ketenteraman awam penduduk-penduduk di Parit Haji Taib 1.Perangkap itu telah dipasang di belakang rumah ayah Encik Rashid.Dan pagi ini YB Ramli telah turun padang untuk meninjau sendiri kaedah perangkap yang dipasang oleh Jabatan Perhilitan Kuala Gula.Beberapa ekor monyet telah terperangkap di dalam perangkap itu.


YB Ramli mengucapkan berbanyak teroima kasih kepada pihak Jabatan Perhilitan yang peka terhadap masalah penduduk.Diharapkan lebih banyak perangkap dipasang ditempat-tempat yang terdapat monyet liar yang membuat bising serta merosakkan hasil tanaman.

0 ulasan: