Rabu, 16 Jun 2010

SALAHKAN BN LA...!!!

|

Tengahari kelmarin ADUN Malim Nawar,YB Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh telah mengumumkan keluar parti DAP,menjadi ADUN bebas dan menyokong BN Perak yang diketuai oleh DS Zambry.Pengumuman beliau dibuat di Hotel Holiday Villa,Subang.Ini bermakna sudah 4 orang ADUN Perak yang melompat menyokong BN.

Alasan yang beliau berikan adalah disebabkan tidak cukup peruntukan untuk menjamin pembangunan di DUN beliau dan juga satu alasan yang tidak boleh diterima adalah beliau menganggap ADUN PR Perak banyak berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.

Bagi alasan beliau yang pertama suka saya menjawab begini,bukan dia seorang saja yang KURANG peruntukan,yang sebenarnya ADUN PR Perak TIADA LANGSUNG peruntukan setelah dirompak BN.Bukan beliau tidak tahu yang ini semua mainan BN untuk melemahkan PR Perak.Beliau seorang peguam,sudah tentu pendapatan beliau melebihi pendapatan saya yang hanya bergantung pada pencen Felda selain elaun ADUN.Sepatutnya beliau salahkan BN Perak yang tidak menyalurkan peruntukan tahunan kepada ADUN PR Perak.

Untuk alasan kedua,mengapa beliau boleh salahkan PR Perak kerana terlalu berpolitik sehingga mengabaikan rakyat.Apa guna jadi ahli politik jika tidak berpolitik?Tapi berpolitik ada masa dan keadaan.Ini satu alasan yang mengarut,apakah beliau tahu yang kami tidak buat kerja?Apakah beliau tahu yang kami tidak menjaga rakyat?Pusat khidmat saya dibuka setiap hari untuk menerima aduan rakyat dan jika tiada hal luar kawasan kerap kali saya atau wakil saya turun menjenguk rakyat di kawasan DUN saya.Kebanyakan rakyat di kawasan DUN saya faham dan tahu bahawa peruntukan untuk ADUN PR tidak disalurkan jadi tekanan dari rakyat kurang.Perkara ini perlu diselesaikan dengan turun berjumpa rakyat dan diadakan sesi penerangan meluas secara santai di kedai-kedai kopi atau ceramah-ceramah.Apakah beliau(ADUN Malim Nawar),tidak cerita hal ini kepada rakyat kawasannya?Kalau tidak diberitahu,memanglah rakyat menekan beliau bertanya tentang peruntukan.

Apa yang penting di sini adalah kesabaran kita menghadapi dugaan dan cabaran.Orang yang sabar akan beroleh kejayaan di akhirnya.Ingin saya ingatkan sekali lagi,JANGAN SALAHKAN PR PERAK KUAT BERPOLITIK TAPI SALAHKAN BN YANG TIDAK MEMBERI PERUNTUKAN...!!!

0 ulasan: