Selasa, 22 Jun 2010

MENCURAH AIR KE DAUN KELADI....

|

Desa B Tahir,63,berasa amat kecewa dan sangat-sangat sedih kerana hingga sekarang masalah lalat yang berlaku di kawasannya makin teruk sejak akhir-akhir ini.Bayangkanlah dalam masa separuh hari,10 helai perangakap lalat telah penuh!!Sungguh menjijikkan apalagi Desa adalah seorang peniaga di kawsan Batu 11,Jalan Kerian.
Pelbagai aduan telah dibuat tapi apa tindakan pun tiada.Agaknya siapa yang patut dipersalahkan??Tapi terus terang ini semua berpunca dari lori-lori ayam yang sering keluar masuk ke reban yang dibina di dalam ladang estet berhampiran.YB Ramli juga sudah muak denagn masalah ini,sudah beberapa kali beliau adukan dan sudah beberapa kali juga masalah ini keluar di dada akhbar namun tetap juga tiada perubahan.YB berharap pihak yang lerlibat seperti Jabatan Kesihatan dapt membantu menangani masalh penduduk-penduduk di sini.Difahamkan hampir 3/4 yang tinggal di sepanjang Jalan Kerian ini menghadapi masalah yang sama bermula di pekan Semanggol hinggalah ke Batu 9.

0 ulasan: