Jumaat, 18 Jun 2010

LIQA' UL FIKRI PAS BAGAN SERAI

|

18.06.2010; Masjid Tinggi. Program bulanan anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Bagan Serai telah berjaya dilaksanakan di Markas Tarbiyyah PAS Bagan Serai. Ustaz Mohamad Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, merangkap Ketua DPP Bagan Serai menjadi Naqib yang membentangkan kertas kerja bertajuk "DAKWAH KICKSTART". Antara intipati dalam pembentangan ini adalah pintu dakwah hanya satu sahaja iaitu meyakinkan orang kepada islam dan dakwah mestilah di mulai dengan akidah dan diakhiri dengan menetapkan bahawa islam sebagai peraturan hidup. Dakwah juga adalah permulaan manusia untuk mengajak orang mengenal Allah oleh sebab itu kerja-kerja dakwah ini bukan hak milik orang-orang tertentu sahaja, bukan milik mutlak ustaz-ustaz, malahan ianya adalah milik semua orang.

Al-Fadhil Ketua Dewan Pemuda PAS Perak membentangkan kertas kerja

Sebahagian peserta yang terdiri dari Jawatankuasa Pas cawangan-cawangan yang hadir

0 ulasan: