Selasa, 25 Mei 2010

MOHON BAIKI RUMAH SAYA...!!!

|

Ahmad Khairi B Saad,34,merupakan seorang anak muda yang tinggal bersama abang dan ibunya di Batu 10,Jalan Kerian,Semanggol.Dahulunya dia adalah seperti anak muda yang lain bekerja untuk menyara keluarga.Akan tetapi selepas terlibat dengan kemalangan lebih kurang 5 tahun yang lalu kini dia tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat kerana tangan kanannya telah lumpuh sepenuhnya.
Alhamdulillah,dia mendapat elaun OKU sebanyak RM300 sebulan dari JKM.Abangnya pula bekerja sambilan sebagai pembantu gerai makan.Akan tetapi keluarga ini tidak cukup modal untuk membaiki rumah mereka yang rosak di beberapa bahagian rumah.Terdapat beberapa tempat di bahagian bumbung yang sudah bocor dan terkopak.Paling teruk keadaannya adalah di bahagian dinding belakang rumah.
Oleh kerana itu,rumahnya telah beberapa kali dimasuki pencuri melalui pintu belakang rumah.Dinding dapur rumahnya juga terpaksa disendal dengan kayu bagi mengelakkan ia terkopak. Ahmad Khairi dengan rendah hati ingin memohon supaya mana-mana jabatan kerajaan yang mempunyai peruntukan pembaikan rumah supaya dapat membantu keluarganya.

0 ulasan: