Selasa, 18 Mei 2010

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN

|

Malam tadi telah diadakan satu majlis makan malam bersama pemimpin,bertempat di Cinta Sayang Resort,Sungai Petani,Kedah.Majlis ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana guaman bagi membela pejuang-pejuang yang dipenjarakan atas dasar menegakkan keadilan dan kebenaran.Antara tetamu kehormat adalah YB Lim Guan Eng(Ketua Menteri Pulau Pinang),Tuan Haji Mat Sabu(AJK PAS Pusat),Hanifa Maidin(AJK PAS Pusat) dan lain-lain.
Majlis penyampaian sijil Dr Burhanudin kepada pejuang-pejuang yang ditahan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran yang disampaikan oleh Mat sabu.
Majlis ini dianggap sangat berjaya kerana sambutan dari hadirin amat menggalakkan sehingga meja tambahan terpaksa disediakan oleh pihak resort.Kebanyakan yang hadir adalah dari negeri Perak,Pulau Pinang dan Kedah.

0 ulasan: