Selasa, 13 April 2010

YB RAMLI DI PARIT HAJI TAIB DAN PARIT MENTARA 3

|

Pagi ini YB pergi ke Parit Haji Taib diiringi oleh saudara Rashid untuk melihat projek pembinaan jalan berbatu.Ini merupakan projek di bawah IADA.Di situ,YB diberi penerangan oleh pihak IADA.

Selepas itu,YB Ramli bertolak ke Parit Mentara 3 kerana mendapat aduan mengenai titi yang amat daif keadaannya.Menurut bekas ketua kampung,Mohd Rasdi B Awang,49,beberapa bulan yang lalu,terdapat beberapa orang-orang kontraktor yang turun melihat keadaan titi ini dan apabila ditanya,mereka memberitahu hendak membaiki titi ini.Tetapi sampai sekarang tiada perubahan dan titi ini semakin hari semakin uzur.Titi ini merupakan jalan terdekat untuk ke surau.tapi disebabkan oleh keadaannya yang membahayakan,jemaah surau terpaksa mengambil jalan yang jauh.YB Ramli menggesa pihak yang terlibat supaya memandang serius perkara ini.

0 ulasan: