Rabu, 14 April 2010

YB RAMLI DI KAMPUNG DEPAN BALAI (PART 1)

|

Pagi ini YB Ramli telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dan bermesra bersama dengan penduduk Kampung Depan Balai(juga dikenali dengan nama Kampung Cha' Raya) di warung Pak Din bersebelahan dengan Pejabat Pos Bagan Serai.YB Ramli bersarapan bersama-sama dan sambil bertanyakan masalah penduduk.Mohd Faizol B Mansor,38,mengadu kepada YB mengenai lampu jalan yang sudah diterima surat persetujuan dari TNB untuk dipasang tetapi sampai sekarang belum ada lampu tersebut.Menurut beliau,tanpa lampu jalan tersebut keadaan jadi sangat gelap dan ini amat merbahaya dan boleh mengundang kejadian kecurian atau rompakan disebabkan kawsan sekitar yang gelap.
Selain dari itu,Fazol memohon lagi supaya diturap jalan yang menghubungkan antara 11 buah rumah di sini dengan jalan besar.Keadaan lebih berbahaya apabila tiba musim hujan kerana jalan menjadi becak.

0 ulasan: