Rabu, 28 April 2010

YB RAMLI BERKEMPEN DI HULU SELANGOR

|

Pada hari Khamis yang lepas,YB bersama pembantunya telah turun ke Palimen Hulu Selangor iaitu di kawasan Ladang SKC dan Kampung Seri Keledang.Lokasi pertama YB adalah ke rumah penginapan petugas-petugas PAS Perak yang terletak di Kuala Slim.

Selepas itu,YB bertolak pula ke Ladang SKC untuk berjumpa dengan petugas-petugas yang berada di bilik gerakan peti undi SKC.Kebetulan pula,PJ PAS Perak ,Ustaz Abu Bakar Hussin turut hadir sama untuk memberikan sokongan kepada petugas-petugas.Program pada hari itu adalah menunggu ketibaan calon untuk aktiviti minum petang dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk SKC.

Pada sebelah malamnya pula,diadakan ceramah kelompok di Kampung Seri Keledang.Turut bersama dengan YB Ramli adalah YB Kesavan,YB Khalil Idham,Ustaz Misbahul Munir,Puan Hajjah Wan Hasrina Bt Wan Hassan(Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor) serta Professor Razali Bin Bolhi(Ketua Penyelaras PKR DUN Jeram)

Sebelum berangkat pulang,tuan kepada runah penginapan iaitu Haji Yusof(Pak Ndak) bergambar kenang-kenangan bersama YB Ramli.YB Ramli mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kesudian beliau menyewakan kediaman beliau kepada para petugas dan juga di atas layanan mesra beliau kepada semua orang.

0 ulasan: